: :pesan pada DIRI tabahkan hati kuatkan semangat, pesan pada HATI kukuhkan IMAN banyakkan ZIKRULLAH, pesan pada NALURI jangan mengeluh & kecewa, tiada daya & rezeki melainkan dari ALLAH: :

::Permulaan Baru::  

Posted by: an-Nisa` in



Alhamdulillah, hari ini genap usia ana yg ke 23..."selamat hari lahir" seolah-olah hari menandakan "selamat pendek umur":semakin hari semakin dekat langkah kita menuju ketetapan Ilahi iaitu kematian.

hari lahir mmg kegembiraan tetapi jgn lupa, kebanyakan hari/bulan kelahiran juga boleh menjadi hari "pergi"...hatta Junjungan kita juga kembali pada bulan kelahirannya.namun ana memohon kepada Allah smoga memanjangkan usia supaya ana dapat beramal ibadat dan berbakti kepada mak n abah tersayang.

dalam ramadhan kareem ini, ana memohon
=ketetapan hati agar tetap diatas jalanNya
=hidayah menuju kebahgiaan fiddunya wal akhirah
=dapat menyiapkan tesis dengan sempurna
=menamatkan degree dengan cemerlang
=menjadi guru yang kuat dlm mendidik anak bangsa (5mim)

sekian, doakan ana yer...slamat berpuasa (n.n)




::adik2 ku, Anas kat UIA, Anis kat IPTAA, ain, asyraf (UPSR) n danial ...rindu sgt...nnti raya kita jupe::

Jangkitan Influenza A(H1N1) Di Sekolah Atau Institusi  

Posted by: an-Nisa` in



Situasi semasa Influenza A(H1N1)

(Setakat 3 Ogos 2009, jam 8.00 pagi)


Kes - Kes Baru: 17
Kes - Kes Import: 0
Kes Jangkitan Tempatan: 17
Kes Kematian: 1

Jumlah Kes di Malaysia: 1,446 termasuk 7 kematian.



Panduan Jangkitan Influenza A(H1N1) Di Sekolah Atau Institusi


1.Saya belajar di salah sebuah institusi/ sekolah yang mempunyai kejadian influenza A(H1N1), apakah yang perlu saya lakukan?


Sekiranya institusi/sekolah anda DITUTUP untuk tempoh tertentu, anda hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebut

Jika anda mempunyai gejala selesema (influenza-like-illness) yang ringan, anda perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah. Sekiranya gejala berterusan dan bertambah teruk, anda perlu mendapatkan rawatan doktor.

Sekiranya institusi/sekolah anda TIDAK DITUTUP, anda dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut


2. Apakah yang dimaksudkan dengan penutupan sekolah/ institusi?


Apabila sesebuah sekolah/institusi ditutup kerana jangkitan influenza A(H1N1), ia bermakna semua pelajar termasuk guru dan lain-lain kakitangan sokongan dikehendaki untuk berada di rumah.

Ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan infuenza A(H1N1) dan seterusnya memastikan individu yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya orang lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.


3. Adakah sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula?


Tidak. Pada umumnya sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu. Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.


4. Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke sekolah seperti biasa?


Ya, beliau boleh hadir ke sekolah seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.




Influenza A(H1N1) :
Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah


Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut:

1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
3. Sakit dada berterusan
4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
7. Rasa pening apabila berdiri
8. Kurang kencing

maklumat lanjut...layari http://h1n1.moh.gov.my/index.php