: :pesan pada DIRI tabahkan hati kuatkan semangat, pesan pada HATI kukuhkan IMAN banyakkan ZIKRULLAH, pesan pada NALURI jangan mengeluh & kecewa, tiada daya & rezeki melainkan dari ALLAH: :

::Gadis topi::  

Posted by: an-Nisa` in




pg td diadakan fotografi utk stdent PQ (pend. al-quran) batch 06/10 ...walaupun panas berjemur..tp enjoy sgt..pic atas tu dh di edit oleh k.huda (thanks k.huda nice pic 4 nice person). Kongsikan gaya bebas kami...posing2...
biarkan gambar bercerita ......










cerita bas rosak...  

Posted by: an-Nisa` in

15/10/09 8.30 pm
bermula stdy week so ingat nk blk umah la...ziarah mak yg xbrape sht (demam). kwnku yg belikan tiket dr syarikat Utama ekspress..maka mlm tu bermula la perjalanan pulang ke klate. naik di kajang pada jam 8.30 mlm tetiba drebar tu turunkan kami kat putra, alasannya bas ada masalah (rosak) n then kitorg pun tggu la dekat 1jam gak berdiri tggu bas ganti rupa2nya kami diberi bas tmbhan. aku mmg xtaw ingat dh beli kt kaunter msti bas ekspress...tp rupenya yg lain2 dok tggu sama2 kat putra tu mmg diorg beli tiket bas tambhan. bas pun dtgla...masyaALLAH RUPENYA...aku berdoa smoga slamt smap kota bharu...

16/10/09 2.15 am
nape lama plak bas ni berenti..katne ni...rupenya baru kat benta..lagi 1/2 jam ke pekan lipis. bas rosak aku tido mati huhu. drebar tu pulun dok baiki tp xidup2...drebar tu keling dia kol kwn dia hntar bas penyelamat tp member2 dia mabuk almaklum la mlm depavali...apa patut aku buat tgh2 hutan ni...
dipendekkan citer aku n penumpang len ditumpgkan oleh van yg kebetulan lalu kat situ..diorg hntar kami ke stesen ketapi kuala lipis...jam dh kul8 pg. tgk jadual perjalanan tren kul 3PTG??..mak aih lama lg ni..sedih aku...
ada gak akak sorg ni ramah...dapat la dia sewa van pelancongan ....terbang lg duit..dh la duit tmbg bas + tmbg van plak...xpela asalkan slamat smpai..
van ni hntr kitorg terus ke kb n dlm kul4 lbh smapla aku kat umah...
congak2 = perjalanan dr 8.30 mlm - 4.00ptg = lbh krg 20jam
tambang bas rm40 + tmbg van rm45 = rm95 (nek air asia lg untung)

aku harap pasni korg boikot la syarikat bas utama ekspress ni...betul..klu korg xnk alami nasib mcm aku dtggl ditgh2 utan..dh la xde bukti coz tiket diorg kutip (bijak gak otak diorg) duit pun hangus...kita dh la student...duit pinjaman cukup2 mkn..tp yg pentg alhamdulillah slamat smpai umah...
transport ape yg terjamin ek...ketapi???



...smpt lg tuu...

NO TITLE  

Posted by: an-Nisa` in





Sahabatku... bacalah dengan hati yang
terbuka..
dan ambillah sedikit iktibar...


bersangka baiklah dgn Allah
bersangka baiklah dgn mereka
terutama mereka yg bersangka baik dgn Allah.....

x bererti kita x call org tu kita x ingat kat dia,
x bermakna kita x tegur dia kita x sayang kat dia,
x bermaksud kita x rapat dgn dia kita x pernah
fikir cara utk merapatkan diri dgn dia.

kadang kala org yg jauh beribu batu dgn kita,
org yg jarang call kita,
org yg jarang senyum dgn kita,
org yg kita jarang jumpa,
adalah mereka yg selalu dok ingat kat kita.

salah faham adalah lumrah dlm hidup manusia.
x semua org boleh baca apa yg tersirat dlm hati kita
kalau kita x luahkan masakan mereka tahu
x boleh expect org nak go after us each time
sbb kadangkala org tu assume yg kita x mahu
diganggu walaupun hakikatnya kita mahu dihujani
dgn soalan2 i.e bertanya kabar
utk menguji sejauh mana org itu ikhlas bersahabat
dgn kita adakah dia hanya sahabat ketika ketawa

Seorang GADIS itu.......  

Posted by: an-Nisa` in




Seorang gadis itu ...

yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati ...
telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya,
dalamnya ada air,
sehangat cinta,
sejernih suka,
sedalam duka,
ceritera hidupnya...

seorang gadis itu ...

hatinya penuh manja,
penuh cinta, sayang semuanya,
cinta untuk diberi ...
cinta untuk dirasa ...
namun manjanya
bukan untuk semua,
bukan lemah,
atau kelemahan dunia ...
ia bisa kuat,
bisa jadi tabah,
bisa ampuh menyokong,
pahlawan-pahlawan dunia ...
begitu unik tercipta,

lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada
jasad yang gagah ...
seorang gadis itu ...
teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini ...
dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap ni'matNya ...

seorang gadis itu ...

bisa seteguh Khadijah,
yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya,
teman ar-Rasul,
pengubat duka & laranya ...
bijaksana ia,
menyimpan ìlmu,
si teman bicara,
dialah �ishah,
penyeri taman Rasulullah,

dialah Hafsah,
penyimpan mashaf pertama kalamullah ...
seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji ...

seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah ...
kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda ...

bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan
tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syaheed menyahut panggilan Allah .

seorang gadis itu ...

perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara ...
dengan kenal Rabbnya,
dengan cinta Rasulnya ...
dengan yakin Deennya,
dengan teguh áqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama,
Allah jua RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya,
agama, keluarga & ummahnya ...

seorang gadis itu ...

melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan,
keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan, menunjuk jalan ...
seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari ...
dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah,
cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah,
dek keliru fikir jiwanya,
kerna dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya ...
kerna seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini ...
perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah,
dalam pertarungan yang lama ...
dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
ni'mat hakiki seorang hamba,
dari Tuhan yang menciptakan,
dari Tuhan yang mengurniakan,
seorang gadis itu ...
anugerah istimewa kepada dunia!

seorang gadis itu ...

tinggallah di dunia,
sebagai ábidah,
daìyah & mujahidah,
pejuang ummah ...
anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah ...
kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu,
taman budi & ma'rifatullah ...
seorang gadis itu ...
moga akan pulang,
dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Allah yang menentukan ...
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!
Moga ar-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu ...
menuju cintaNYA yang ABADI!

Biarkan kepahitan itu pErgi  

Posted by: an-Nisa` in





Biarkan kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi
Biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai
Biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat
Biarkan penderitaan itu menyapa agar kekuatan kita jana semula
Biarkanlah diri ini derita, agar aku tahu keperitan derita ini
Agar aku sedar kesengsaraan ini
Tak sama bahkan hanya secebis dari
Penderitaan Rasulullah s.a.w

Tuhan sesekali tidak menzalimi hambaNya
Tapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri
Cahaya kelam pahala dosa
Berupaya memilihnya

Walau kadangkala tersasar lantaran pautan nafsu
Namun peluang dariNya sentiasa ada
Namun kasih dariNya sentiasa memayungi

Diturukan ad-Din memperhalusi akal
Dianugerahkan akal memperhalusi akhlak
Dikurniakan akhlak mempercantikkan pekerti
Menjadi sebaik-baik umat tunduk sebagai hamba
Berjalan sebagai khalifah

Menyusuri kehidupan mencari sebutir permata iman
Menyemai sepohon taqwa
Agar dapat berteduh dari kepanasan nafsu
Agar dapat berlindung dari angin hasutan syaitan
Agar dapat mencari keredhaan Allah swt...........
no matter what...smile

"dOn't SpEnD tImE wIth SoMeOnE wHo dOeSn't cArE sPeNdinG it wIth U..LIfe Is mESSy,LovE Is MesSiEr..