: :pesan pada DIRI tabahkan hati kuatkan semangat, pesan pada HATI kukuhkan IMAN banyakkan ZIKRULLAH, pesan pada NALURI jangan mengeluh & kecewa, tiada daya & rezeki melainkan dari ALLAH: :

5 PERKARA....Rosakkan Akidah Muslimah  

Posted by: an-Nisa` in


Menurut Dr Aidh Al-Qarni dalam sebuah coretannya khusus buat Muslimah bertajuk As `ad Al-Mar`ah Fil Alam (Tip menjadi wanita paling bahagia di dunia) berkata,

"jangan biarkan hatimu dihancurkan oleh tanganmu sendiri".

Bagaimanakah kita boleh menghancurkan diri sendiri?
        
                             segala-galanya menerusi hati !

Jangan resah dan gelisah - usah selalu mengeluh dengan keadaan kerana ramai lagi yang lebih malang berbanding kita.

Jangan sedih dan berasa derita - hapuskan perasaan ini dengan beristighfar, berdoa dan mohonlah pertolongan daripada-Nya.

Jangan lemah dan malas - aktifkan diri dengan ibadah, berzikir, mencari ilmu, bekerja dan beriadah.

Jangan banyak berhutang - nafsu jika dituruti kita tidak akan puas. Akibatnya hidup tidak akan tenteram jika terlalu mengejar harta, pangkat dan duniawi.

Jangan kedekut dan pengecut - rezeki yang Allah beri bukan milik peribadi kerana padanya ada hak orang miskin dan anak yatim. Begitu juga dengan tanggungjawab terhadap ibu bapa kerana keredhaan Allah juga bergantung pada keredhaan mereka.

Baginda S.A.W mengajarkan doa untuk selamatkan diri daripada 5 perkara diatas:

" Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa resah gelisah, dari sedih dan derita, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat kedekut dan pengecut dan dari lilitan hutang dan tekanan orang".

This entry was posted on 9:17 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 komen ikhlas dari kamu

Post a Comment