: :pesan pada DIRI tabahkan hati kuatkan semangat, pesan pada HATI kukuhkan IMAN banyakkan ZIKRULLAH, pesan pada NALURI jangan mengeluh & kecewa, tiada daya & rezeki melainkan dari ALLAH: :

SENARAI SEMAK  

Posted by: an-Nisa`


Lagi sebulan lebih, insyaAllah akan berlangsung walimatul Urus @ kenduri kesyukuran. Bile kita dh lalui keadaan ini, baru la tau bahawa bnyk persiapan perlu dilakukan walaupun majlis yg bakal berlangsung hanya la sederhana, kalau sesetengah orang yang mahupun majlis yg "grand" lagi la perlukan persiapan rapi. Bagi sy yang penting keberkatan majlis dan kesempurnaan majlis yg ringkas dan berjalan lancar lebih baik, tapi terpulang la..setiap org lain cara..(lain padang lain belalang. lain org lain cara).

Exam dh nk abis...n skrg tiba la masa utk jd perehat jap b4 keje (ke tanam anggur hu3 )..
dlm otak dh mcm2 terlintas, bnyak nye keje nk kena setel...
setelah disenaraikan..pjg gak hehe..
so bg sahabat2 yg bakal bertunang or kawen..mai la kite share..ape persiapan patut kita wt..huhu..ni sy share ape yg sy telah lalui n bakal nk wt...senarai ni sy tau melalui pembacaan n tnya2 pglaman org..hehe

PADA HARI PERTUNANGAN:


• Cincin 

• Sirih junjung

• Lain-lain hantaran (sepasang baju, buah-buahan, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.

• Wakil pihak lelaki yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.


Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari perkahwinan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan.


LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:


Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.

• Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.

• Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Di Dewan @ Rumah)

• Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.

• Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)

• Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda

• Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.

• Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.

Bagi pengantin lelaki:

• Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.



LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.

• Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.

• Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda. (Ikut Bajet, klu sedara mara rajin leh je mntak tlg)

• Membeli cincin kahwin.

• Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis, serta harga yang ditawarkan.

• Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput

• Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)

• Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.

• Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.




TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.

• Mengesahkan tempahan di Dewan termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.

• Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital. (Ujian HIV) ----> dh wt dh hehe

• Rawatan intensif muka, badan dan rambut.

Bagi pengantin lelaki:

• Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.

• Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

Bagi pengantin perempuan:

• Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.

• Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah . Jika tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.



DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Membeli barang kemas ^_^

• Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.

• Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.

• Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.



TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.

• Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Bagi pengantin perempuan:

• Pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti.



TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.

• Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.

• Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.

• Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.

• Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.(Sekiranya majlis di Dewan)

• Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.

• Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi pengantin lelaki:

• Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

Bagi pengantin perempuan:

• Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)



PADA HARI PERNIKAHAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.

Bagi pengantin lelaki

• Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.

• Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.

• Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.

• Cincin / gelang tangan / rantai.

• Sirih junjung dan lain-lain hantaran.

• Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.

• Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.

• Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda.




PADA HARI PERKAHWINAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.

• Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.

• Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Bagi pengantin lelaki:

• Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan

• Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung

Bagi pengantin perempuan:

• Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.



TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:

• Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.

ni antara yg sy senaraikan...jika ada apa2 cdgn silakan...hehehe

This entry was posted on 5:34 PM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

2 komen ikhlas dari kamu

Persiapan Malam Pengantin takde ke untuk Lelaki ngan Pompuan Hehe..!! :D

klu yg tu...sumer dh "masak".....hehe..

Post a Comment