: :pesan pada DIRI tabahkan hati kuatkan semangat, pesan pada HATI kukuhkan IMAN banyakkan ZIKRULLAH, pesan pada NALURI jangan mengeluh & kecewa, tiada daya & rezeki melainkan dari ALLAH: :

jordan...  

Posted by: an-Nisa` in


Belajar di Jordan yang temasuk dalam bumi Syam yang diberkati merupakan satu peluang keemasan bagi kaum muslimin dan muslimat kerana ianya pernah menjadi medan perjuangan para anbiya' terdahulu. Terdapat beberapa bahagian atau mantiqah di Jordan yang menempatkan pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di sini, antaranya Mafraq, Mu'tah, Armman dan juga Irbid.

Irbid merupakan mantiqah yang paling unik kerana ia menghimpunkan pelajar Malaysia dalam dua aliran yang berbeza iaitu pengajian Islam dan perubatan. Belajar di universiti yang berbeza; Universiti Yarmouk bagi pengajian Islam dan Jordan University of Science and Technology (JUST) bagi perubatan, tetapi dalam satu mantiqah yang sama.

Baik pelajar perubatan mahupun pengajian Islam, sistem yang diguna pakai di sini adalah serupa. Dalam setahun ada 3 semester, semester pertama (September-Januari), semester kedua (Februari-Mei) dan semester musim panas (Jun-Ogos) atau dikenali sebagai short sem di Malaysia. Bezanya di Yarmouk, Summer Semester ini adalah optional, manakala ianya wajib bagi pelajar JUST.

So kebanyakan student yarmouk kalau tidak mengambil summer semester mereka akan bercuti panjang di Malaysia, kira-kira 3 bulan. Di sini digunakan sistem jam kredit seperti yang diamalkan di Malaysia dan pelajar bebas memilih subjek untuk dipelajari dalam satu-satu semester.

Kebiasaannya jadual pada hari Ahad, Selasa dan Khamis adalah sama begitu juga dengan Isnin dan Rabu. Tetapi pada Summer Semester, setiap hari merupakan jadual yang sama. Opss lupa pula, di bumi Arab, weekend adalah hari Jumaat dan Sabtu, berlainan dengan negara-negara lain yang kebanyakannya bercuti pada hari Sabtu dan Ahad. Life di Jordan ini tidaklah susah seperti rakan-rakan kita di negara-negara lain memandangkan Jordan merupakan sebuah negara Islam.


Tiada masalah yang timbul dalam soal mencari makanan. Makanan di sini insya Allah ditanggung halal dan masakan Arab memang sangat menggiurkan. Lebih merisaukan apa yang ada di Malaysia dengan isu-isu terkini berkaitan dengan kualiti halal di Malaysia. Dari segi penempatan pula, bagi pelajar di Yarmouk, mereka hanya perlu berjalan kaki selama lebih kurang 10 minit untuk samapi ke dewan kuliah manakala bagi pelajar just pula mereka perlu menaiki bas untuk ke dewan kuliah. Ini kerana JUST terletak agak jauh ke padang pasir berlainan dengan Yarmouk yang memang terletak betul-betul di pusat bandar Irbid. Irbid merupakan bandar kedua terbesar di Jordan selepas ibu negara Amman.

Tetapi janganlah pula membezakan Irbid dengan Johor Bahru, jauh panggang dari api. Jordan tidaklah semaju Malaysia namun cukuplah bagi kita pelajar untuk mencari keperluan harian. Di sini pelajar Malaysia bernaung di bawah PZ iaitu persatuan zon yang berada di bawah Malaysian Student Department. PZ ditubuhkan di setiap mantiqah yang menempatkan pelajar Malaysia di Jordan. Oleh itu usahlah risau dengan kehidupan berpersatuan kerana di sini insyA Allah semuanya ada.
Cuaca di sini ialah empat musim. Menyeronokkan bagi sesiapa yang belum pernah keluar dari Malaysia. Tetapi di sini musim yang paling ketara ialah musim panas dan musim sejuk sahaja. Musim luruh dan bunga tidaklah begitu ketara sepertimana di UK atau Jepun. Musim sejuk disini memang sejuk dan menyakitkan bagi sesiapa yang tidak memakai baju sejuk kerana struktur muka bumi Jordan ialah gurun. Angin sejuk gurun adaah lebih merbahaya berbanding angin sejuk di tempat lain.

Berkenaan baju sejuk, tidak perlulah risau kerana di sini banyak baju sejuk dijual dengan harga yang sungguh berpatutan. Kos hidup di bumi jordan ini tidaklah begitu mahal (mahal juga sebenarnya), lebih kurang Jordanian Dinar 100-150 secara purata. Kalau ditukarkan ke RM, lebih kurang RM 500-750 sebulan.

Masyarakat Arab di sini rata-rata menghormati dan menerima dengan baik pelajar Malaysia di sini. Rata-rata mereka mengatakan orang Malaysia sangat mengambil berat tentang cara hidup Islam dan mereka memandang tinggi kepada kita. Tetapi ada juga yang memandang pelik dan sinis terhapap orang luar. Ianya tidak patut menjadi masalah kerana di mana-mana begitu. Kita belajar di negara orang bukan negara sendiri. Di mana-mana akan ada orang baik dan orang jahat, hatta di negara Arab sekalipun dan ianya menjadi cabaran kepada pelajar-pelajar di dini.

Tetapi doktor dan pensyarah sangat menghormati pelajar Malaysia kerana adab sopan dan prestasi yang agak memberangsangkan. Jadi untuk sesiapa yang akan melanjutkan pelajaran di sini, ianya satu pengalaman dan peluang yang sangat berharga dan tidak dilupa banyak cabaran yang akan dilalui sepanjang hidup di negara Arab yang memang berlainan budaya dan cara hidup dengan kita.

p/s..ya Allah semoga suatu hari nnti aku dapat menjejakkan kaki ku ke sana..amiin..


This entry was posted on 12:02 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 komen ikhlas dari kamu

Post a Comment