: :pesan pada DIRI tabahkan hati kuatkan semangat, pesan pada HATI kukuhkan IMAN banyakkan ZIKRULLAH, pesan pada NALURI jangan mengeluh & kecewa, tiada daya & rezeki melainkan dari ALLAH: :

~ESTIM KENDIRI~  

Posted by: an-Nisa` in



::Kesan Ketampanan dan Kejelitaan Diri Ke atas Estim kendiri::

Sesetengah individu tidak mahu percaya apabila dia diberitahu dia seorang yang tampan ataupun cantik. Ada pula individu yang sangat pemalu padahal rupa paras mereka elok. Di satu pihak lain, individu yang popular selalunya memiliki wajah dan perawakan yang menarik. Pemimpin yang menang melalui undian biasanya juga memiliki penampilan yang elok. Di syurga nanti semua orang tampan dan jelita. Tetapi sebelum itu, dunia ini penuh dengan manusia yang berbagai rupa parasnya. Individu yang memiliki wajah tampan dan jelita mempunyai nasib yang lebih baik sedikit daripada orang yang tidak memiliki rupa paras menarik.

Individu yang memiliki rupa paras menarik dipandang sebagai orang yang pandai bergaul, lebih popular, lebih berjaya, lebih meyakinkan dan lebih daya tarikan seksnya. Mereka juga dipandang lebih menawan dan lebih berbahagia.

Rupa paras memainkan peranan penting pada kesan pertama apabila kita memandang seseorang. Ada kalanya kesan itu kekal. Lelaki lebih mengutamakan rupa paras dan penampilan daripada perempuan.

Rupa paras yang menentukan estim adalah rupa paras yang sangat tampan dan sangat hodoh. Apabila orang yang tampan merenung wajah mereka lama-lama dalam cermin, mereka tahu diri mereka tampan. Ditambah pula mereka sering menerima pujian akan ketampanan mereka itu, barulah rupa paras mereka mempengaruhi estim mereka dan mereka berasa seronok dengan diri mereka sendiri.

Apabila orang yang sangat hodoh merenung wajah mereka lama-lama dalam cermin dan berasa diri mereka hodoh, ditambah pula mereka selalu mendapat maklum balas berkenaan rupa paras mereka yang hodoh, barulah mereka berasa estim mereka merosot dan mereka membenci diri mereka sendiri.

Adalah dianggarkan sepuluh peratus daripada semua orang termasuk dalam kumpulan orang tampan dan sepuluh peratus lagi termasuk dalam kumpulan orang hodoh. Lapan puluh peratus yang lain tidak terlalu tampan dan tidak terlalu hodoh. Oleh itu rupa paras mereka tidak mempengaruhi estim mereka. Kebanyakan manusia termasuk dalam kumpulan 80 peratus itu di mana rupa paras mereka tidak mempengaruhi estim mereka. Di kalangan mereka yang tidak terlalu hodoh tetapi setakat kurang tampan ataupun kurang cantik daripada kebanyakan orang, rupa paras mereka tetap tidak mempengaruhi estim mereka kerana estim ditentukan oleh banyak faktor, seperti kelulusan, wang, keturunan dan bakat semula jadi.

Antara orang yang sangat tampan ataupun sangat cantik, terdapat segelintir yang estim mereka sangat bergantung pada rupa paras yang mereka miliki. Sebagai contoh, model-model dan bintang-bintang filem adalah mereka yang estimnya bergantung pada rupa paras. Apabila mereka bertambah tua, mereka kehilangan sumber estim hingga menyebabkan mereka sangat takut pada usia tua. Akibatnya, semakin mereka tua semakin turun estim mereka, dengan itu keyakinan diri mereka juga boleh ikut merosot.

Manusia selalu membuat pelbagai andaian berkenaan seseorang berdasarkan rupa parasnya. Pakar psikologi mempunyai banyak bukti yang menunjukkan manusia lazimnya menyangka orang yang tampan memiliki ciri-ciri peribadi yang baik. Anggapan ini sangat meluas di kalangan masyarakat di mana mereka menyangka orang yang tampan mempunyai bakat sosial yang lebih baik, lebih dapat menyesuaikan diri, lebih pintar dan lebih pandai mempengaruhi orang lain jika dibandingkan dengan orang yang kurang tampan. Kajian mendapati sangkaan itu tidak ada asasnya.






Individu yang tampan dan cantik memang lebih beruntung daripada mereka yang kurang tampan, terutama daripada sudut pandangan masyarakat. Mereka lebih popular, lebih pandai bergaul, mempunyai lebih ramai rakan dan kenalan serta kurang kesepian.

Individu yang tampan ataupun cantik tidak semestinya lebih pintar, tidak semestinya memiliki ciri-ciri yang lebih baik, tidak semestinya memiliki kesihatan mental yang lebih tinggi dan tidak memiliki estim yang lebih tinggi daripada mereka yang kurang tampan, ataupun daripada kebanyakan orang. Meskipun mereka tampan estim mereka tidak semestinya tinggi disebabkan perkara ini ada kaitan dengan siapa yang mengukur ketampanan itu.

Seseorang itu mungkin diukur sebagai tampan oleh orang lain tetapi dia sendiri tidak menganggap dirinya tampan. Orang yang menganggap dirinya tampan mempunyai estim tinggi dan memiliki kesihatan mental yang lebih baik daripada mereka yang menganggap dirinya tidak tampan.

Satu hal yang menarik adalah perbezaan antara ukuran ketampanan yang dibuat oleh orang lain dengan ukuran yang dibuat sendiri sangat sedikit kaitannya. Dalam erti kata yang lain, kebanyakan orang yang mengatakan dirinya tampan tidak dianggap tampan oleh orang lain. Bagi mereka yang menganggap dirinya tidak tampan, walaupun orang lain mengatakan mereka tampan, rupa paras tidak menentukan estim mereka dan kesihatan mental mereka.


betul ke????
emmm.....

This entry was posted on 8:30 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 komen ikhlas dari kamu

Post a Comment