: :pesan pada DIRI tabahkan hati kuatkan semangat, pesan pada HATI kukuhkan IMAN banyakkan ZIKRULLAH, pesan pada NALURI jangan mengeluh & kecewa, tiada daya & rezeki melainkan dari ALLAH: :

Rapuh  

Posted by: an-Nisa` in

Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
ku persembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dada ku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu 

by opick


Ya Allah...aku percaya ujian ini tanda kasihmu padaku....
tabahkanlah hatiku dalam menghadapinya....tetapkanlah hatiku pada jalanMU....(-_-)


:: 1 Syawal 1431 ::  

Posted by: an-Nisa` in



Syawal 1431H...membawa pengalaman baru...
ini kali pertama nisa beraya dirumah mertua....walaupun ada sedikit rasa janggal tp kena biasakan diri...
kalau dirumah sndiri kita bebas nk hias rumah, tau mana letaknya pinggan mangkuk dlm almari, barang2 kt dapur....tp kali ni kena lebih explore la sket....nk lebih2 xberani....cuma leh tlg2 mana patut la....huhu...

1 SYAWAL 1431H

seperti tahun2 sebelumnya, nisa mmg xmiss solat sunat aidilfitri diikuti khutbah.....ni merupakan sunnah nabi kita.....
selepas solat , ziarah pusara ibu mertua...walaupun xpernah bersua tp rasa sebak gak, teringat kat arwah tok n tokwan....dh lama xziarah pusara mereka......rindu sgt...kecik2 dulu nisa agak rapat sbb klu time cuti sek mesti abah akan hntar kami adik beradik ke kg......ya Allah cucuri lah rahmatMu kepada mereka...al-Fatihah.....

pagi syawal....mmg air mata mengalir tatkala berbual di telefon ngan mak n adik2....klu sblm ni beraya bersama tp kali ni raya pertama xdapt bersama....nisa memohon ampun dan maaf dari mak n abah melalui telefon...xpenah dibayangkan sebelum ni......Alhamdulillah raya ke2 dapat la beraya bersama c0z kali ni mak beraya kt penang.....so dekat je la dr umah mertua. ...bayangkan klu mak beraya kt klate...wah jauhnya nk blk dr perak ke klate....

tghari raya tu nisa sediakan nasi hujan panas ngan ayam masak merah n acar timun....
rendang xyah wt dh...c0z adik ipar dh wt...hihi...

sahabat nisa penah tanya.....cmne nk suaikan diri dengan keluarga suami.......
nisa leh katakan.......peristiwa berlaku pada kita sentiasa memberi pengajaran baru dalam hidup kita yg dinamakn pglaman yg boleh kita baiki dari masa ke semasa ....cuma kita kena pandai bawa diri...agama dan adab la penjaga diri kita tatkala berada dalam suasana baru....segala didikan mak n abah la yg mencorakkan peribadi kita skrg....pada teman2 yg bakal berumah tangga..pandai2 bw diri yer...bnyak sebenarnya yg kita kena blajar...selain itu kena pandai kawal emosi....ppuan ni emo sket n mood cepat berubah....nk cite lebih2 pon nnti korg akan faham la sndiri....(-_-)

akhir kalam utk pos ni...
salam lebaran utk semua ^_^
pada yg xcukup pose cpt2 ganti tau...jgn tggu sya`aban thn dpn br ganti...hik3

KONVOKESYEN UKM YANG KE-38  

Posted by: an-Nisa` in

:: e- Maya bookstore ::  

Posted by: an-Nisa` in



Kedai buku maya @ e-maya bookstore menjadikan pembelian buku lebih mudah tanpa perlu bersusah payah ke kedai buku....
kini pembelian hanya dihujung jari...
dan buku akan dihantar terus ke pintu rumah.....
untuk senarai penuh katalog buku daripada penulis-penulis terkenal..................






pelbagai buku menarik menanti sahabat.......







buku-buku terkini dan penuh informasi.......




Mujur d0sa itu tidak berbau......................  

Posted by: an-Nisa` in ,



Terkedu seketika kala menatap tajuk diatas....
mujur d0sa itu tidak berbau...
bagaimana agaknya ya? Akan adakah 0rang yang akak mendekati kita?
bagaimana baunya?
AstaghfirulLah...
sesungguhnya Allah itu Maha Menyayangi....
sentiasa memberi peluang untuk kita menginsafi diri...


Namun...
kita harus ingat bahawa hari pengadilan itu tetap ada!!
jika di dunia, ada kala yang benar dikatakan salah, yang salah pula terlepas bebas...
tapi di Akhirat kelak...
yang benar tetap benar...
dan yang salah tetap menerima hukumannya...
segala anggota pada tubuh akan berkata-kata...
meluahkan apa jua d0sa dan pahala yang kita lakukan.


Di dunia, kita mampu menyembunyikan d0sa...
daripada pengetahuan manusia lain namun...
MUSTAHIL menipu Allah dan diri sendiri!!
renung-renungkanlah...


p/s : pesanan buat diri ini....

Gelisah kerana Hutang???  

Posted by: an-Nisa` in ,




Abu Sa`ad al-Khudri meriwayatkan pada suatu hari sewaktu Rasulullah s.a.w. memasuki masjid, didapati ada seorang lelaki Ansar yang digelar Abu Umamah.

   Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya: " wahai Abu Umamah, aku tidak melihat engkau berada di masjid melainkan pada waktu solat. Beliau menjawab: " Aku bimbang memikirkan hutangku, ya Rasulullah."

   Rasulullah kemudian bertanya: " mahukah Aku ajarkan kepadamu satu doa yang jika kamu amalkan maka Allah akan menghilangkan kebimbanganmu dan membantu melunaskan hutangmu?" 

  Ia menjawab: " sudah tentu ya Rasulullah!"

   Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "pada waktu pagi dan petang, bacalah ....

اللهم إنى أعوذبك من الهم والحزن وأعوذبك من العجز والكسل وأعوذبك من الجب والبخل وأعوذبك من غلبة الدين وقهر الرجال                   


Maksudnya: " Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dirundung sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kikir. Aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan penindasan orang." (Riwayat Abu Daud no. 1557)

Doa ini turut dimuatkan di dalam al-Ma`thurat.

p/s....risau hutang PTPTN......klu xbayar xpe ke.....huhuhu....   T_T

Alhamdulillah....  

Posted by: an-Nisa` in


Tiada kata selain Alhamdulillah yg terbit dr bibir ini....majlis kesyukuran walimatul urus kedua2 belah pihak pengantin selamat sudaaa....
nisa ucapkan syukran jazilan kathiran kepada semua yang hadir & mendoakan kebahgiaan kami....
perkembangan terkini nisa sudah mengisi borang posting....
jawapan utk pgglan temuduga hanya blh diketahui 19julai ini....
raptai k0nvo plak 4ogos ini....
insyaAllah xde aral melintang nexweek nisa akan stay dulu kt bintulu bersama zauj...
Rejab sudaa menjelma...
11ogos ini ialah 1 Ramadhan...
moga Ramadhan ini lebih bererti setelah berubah status sebagai seorg isteri....

semoga sahabat2 lain juga berbahgia selalu...see u all at konvokesyen nnti yek....



SENARAI SEMAK  

Posted by: an-Nisa`


Lagi sebulan lebih, insyaAllah akan berlangsung walimatul Urus @ kenduri kesyukuran. Bile kita dh lalui keadaan ini, baru la tau bahawa bnyk persiapan perlu dilakukan walaupun majlis yg bakal berlangsung hanya la sederhana, kalau sesetengah orang yang mahupun majlis yg "grand" lagi la perlukan persiapan rapi. Bagi sy yang penting keberkatan majlis dan kesempurnaan majlis yg ringkas dan berjalan lancar lebih baik, tapi terpulang la..setiap org lain cara..(lain padang lain belalang. lain org lain cara).

Exam dh nk abis...n skrg tiba la masa utk jd perehat jap b4 keje (ke tanam anggur hu3 )..
dlm otak dh mcm2 terlintas, bnyak nye keje nk kena setel...
setelah disenaraikan..pjg gak hehe..
so bg sahabat2 yg bakal bertunang or kawen..mai la kite share..ape persiapan patut kita wt..huhu..ni sy share ape yg sy telah lalui n bakal nk wt...senarai ni sy tau melalui pembacaan n tnya2 pglaman org..hehe

PADA HARI PERTUNANGAN:


• Cincin 

• Sirih junjung

• Lain-lain hantaran (sepasang baju, buah-buahan, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.

• Wakil pihak lelaki yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.


Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari perkahwinan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan.


LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:


Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.

• Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.

• Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Di Dewan @ Rumah)

• Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.

• Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)

• Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda

• Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.

• Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.

Bagi pengantin lelaki:

• Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.



LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.

• Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.

• Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda. (Ikut Bajet, klu sedara mara rajin leh je mntak tlg)

• Membeli cincin kahwin.

• Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis, serta harga yang ditawarkan.

• Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput

• Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)

• Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.

• Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.




TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.

• Mengesahkan tempahan di Dewan termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.

• Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital. (Ujian HIV) ----> dh wt dh hehe

• Rawatan intensif muka, badan dan rambut.

Bagi pengantin lelaki:

• Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.

• Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

Bagi pengantin perempuan:

• Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.

• Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah . Jika tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.



DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Membeli barang kemas ^_^

• Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.

• Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.

• Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.



TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.

• Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Bagi pengantin perempuan:

• Pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti.



TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.

• Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.

• Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.

• Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.

• Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.(Sekiranya majlis di Dewan)

• Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.

• Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi pengantin lelaki:

• Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

Bagi pengantin perempuan:

• Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)



PADA HARI PERNIKAHAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.

Bagi pengantin lelaki

• Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.

• Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.

• Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.

• Cincin / gelang tangan / rantai.

• Sirih junjung dan lain-lain hantaran.

• Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.

• Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.

• Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda.




PADA HARI PERKAHWINAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.

• Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.

• Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Bagi pengantin lelaki:

• Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan

• Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung

Bagi pengantin perempuan:

• Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.



TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:

• Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.

ni antara yg sy senaraikan...jika ada apa2 cdgn silakan...hehehe

BarakAllahu Lakuma  

Posted by: an-Nisa`




We're here on this special day

Our hearts are full of pleasure

A day that brings the two of you

Close together

We're gathered here to celebrate

A moment you'll always treasure

We ask Allah to make your love

Last forever



Let's raise our hands and make Do'a

Like the Prophet taught us

And with one voice

Let's all say, say, say



بارك الله لكما وبارك عليكما

وجمع بينكما في خير

بارك الله لكما وبارك عليكما

وجمع بينكما في خير



From now you'll share all your chores

Through heart-ship to support each other

Together worshipping Allah

Seeking His pleasure



We pray that He will fill your life

With happiness and blessings

And grants your kids who make your home

Filled with laughter



Let's raise our hands and make Do'a

Like the Prophet taught us

And with one voice

Let's all say, say, say



بارك الله لكما وبارك عليكما

وجمع بينكما في خير



بارك الله

بارك الله لكم ولنا



الله بارك لهما

الله أدم حبهما

الله صلّي وسلّم على رسول الله



الله تب علينا

الله ارض عنا

الله اهد خطانا

على سنة نبينا

Let's raise our hands and make Do'a

Like the Prophet taught us

And with one voice

Let's all say, say, say



بارك الله لكما وبارك عليكما

وجمع بينكما في خير


 - Maher Zain -


"Graduation (Friends Forever)"  

Posted by: an-Nisa` in



Minggu ni merupakan minggu terakhir kuliah ana di UKM.....sayu rasanya..sekejap je masa berlalu dh 4 tahun ana disini, masih terbayang hari pertama di sini, mak n abah yg hantarkan (berangkut bantal n baldi...huu~)
pengajian dlm bidang pend Al-quran xla semudah yg disangka....di sem akhir ni hafazan menjadi penyudah...
perlu kuat kerana hafazan bukan sekadar utk tasmi` semata tetapi bekalan kite...
Sahabatku...
dlm bersahabat ada pahit n manisnya...kita masing2 mempunyai sikap yg berbeza namun satu tujuan....
semoga ikatan ini tetap ada walaupun kita nnti xmgkin dpt bersua lagi....
(kite berhbg dlm FB k....)
ana memohon maaf dr lubuk hati jika tersilap sepanjang perkenalan kita.......lapangkanlah hati kita dalam menerima khilaf sahabat2......tidak semua sempurna namun kita cuba utk menjadi sahabat yg terbaik dan menjaga hati antara satu sama lain....
Memori terindah kita bersama tahun akhir ini semestinya Kem bina insan Murabbi Pangkor.....
akhirnya......
ana dedikasikan lagu ini buat sahabat2 seperjuangan PIPAQ 2006-2010


"Graduation (Friends Forever)"

And so we talked all night about the rest of our lives

Where we're gonna be when we turn 25

I keep thinking times will never change

Keep on thinking things will always be the same

But when we leave this year we won't be coming back

No more hanging out cause we're on a different track

And if you got something that you need to say

You better say it right now cause you don't have another day

Cause we're moving on and we can't slow down

These memories are playing like a film without sound

And I keep thinking of that night in June

I didn't know much of love

But it came too soon

And there was me and you

And then we got real blue

Stay at home talking on the telephone

And we would get so excitedand we'd get so scared

Laughing at ourselves thinking life's not fair

And this is how it feels
As we go on

We remember

All the times we

Had together

And as our lives change

From whatever

We will still be

Friends Forever

So if we get the big jobs

And we make the big money

When we look back now

Will our jokes still be funny?

Will we still remember everything we learned in school?

Still be trying to break every single rule

Will little brainy Bobby be the stockbroker man?

Can Heather find a job that won't interfere with her tan?

I keep, keep thinking that it's not goodbye

Keep on thinking it's a time to fly

And this is how it feels

La, la, la, la:

Yeah, yeah, yeah

La, la, la, la:

We will still be friends forever
Will we think about tomorrow like we think about now?

Can we survive it out there?

Can we make it somehow?

I guess I thought that this would never end

And suddenly it's like we're women and men

Will the past be a shadow that will follow us 'round?

Will these memories fade when I leave this town

I keep, keep thinking that it's not goodbye

Keep on thinking it's a time to fly

lihat disini..sila klik


sesi bergambar ~

Ko-K...

Camat tinggal bilikku huu~

~ For The Rest Of my Life ~  

Posted by: an-Nisa` in


For The Rest Of my Life..my lOve
 
I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there is a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

klik disini untuk mendengar....
 
http://www.youtube.com/watch?v=w5IaWi98ZQ0


~WALIMATUL URUS~  

Posted by: an-Nisa`




Assalamualaikum...
lama sungguh rasanya x mencoret di sini dek kesibukan jadual harian....
bermula dengan majlis pertunangan pada 14 Disember 2009....seterusnya memasuki semester akhir di UKM.......
ana mengucapkan syukur kehadrat Ilahi ...pada 20 mac 2010 ...Majlis Akad Nikah selamat diadakan di baiti jannati....klate..
ramai sahabat tertanya2..nape cepat sgt....takut posting jauh ke...........
jwpan dia simple je........hubby n abah yg nk cepatkan...tujuannya agar hubungan di redhaiNYA,....
banyak urusan walimah memerlukan kita lebih berhubung dengan si dia...oleh i2...mungkinkah hati ini masih terjaga....
alangkah indahnya selepas halal...kita berhubung dengan si dia menjadi ibadah pula...kerana selepas ikatan Ijab n Qabul maka kita n si dia sudah menjadi sebahgian antara satu sama lain....
doakan kebahgiaan ana yer...
sahabat2 dijemput ke majlis kesyukuran yang akan berlangsung pada jun 2010....
sekian...................


5 PERKARA....Rosakkan Akidah Muslimah  

Posted by: an-Nisa` in


Menurut Dr Aidh Al-Qarni dalam sebuah coretannya khusus buat Muslimah bertajuk As `ad Al-Mar`ah Fil Alam (Tip menjadi wanita paling bahagia di dunia) berkata,

"jangan biarkan hatimu dihancurkan oleh tanganmu sendiri".

Bagaimanakah kita boleh menghancurkan diri sendiri?
        
                             segala-galanya menerusi hati !

Jangan resah dan gelisah - usah selalu mengeluh dengan keadaan kerana ramai lagi yang lebih malang berbanding kita.

Jangan sedih dan berasa derita - hapuskan perasaan ini dengan beristighfar, berdoa dan mohonlah pertolongan daripada-Nya.

Jangan lemah dan malas - aktifkan diri dengan ibadah, berzikir, mencari ilmu, bekerja dan beriadah.

Jangan banyak berhutang - nafsu jika dituruti kita tidak akan puas. Akibatnya hidup tidak akan tenteram jika terlalu mengejar harta, pangkat dan duniawi.

Jangan kedekut dan pengecut - rezeki yang Allah beri bukan milik peribadi kerana padanya ada hak orang miskin dan anak yatim. Begitu juga dengan tanggungjawab terhadap ibu bapa kerana keredhaan Allah juga bergantung pada keredhaan mereka.

Baginda S.A.W mengajarkan doa untuk selamatkan diri daripada 5 perkara diatas:

" Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa resah gelisah, dari sedih dan derita, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat kedekut dan pengecut dan dari lilitan hutang dan tekanan orang".

[ Setia Seorang Isteri ]  

Posted by: an-Nisa` in



.....bEst nasyid ni, walaupun berpuluh2 kali dgr, still xboring....doaku moga menjadi isteri yg solehah suatu hari nnti amin MySpace

Di sebalik redup mata mu
Tersimpan satu rahsia
Yang terbuku ruang hati mu
Di balik senyuman mu
Tersirat simpulan
Deritanya hanya kau yang tahu

Kau setia menanti
Kau setia mengharungi

Biarpun ribut badai melanda
Kau teguh berdiri
Walau deru angin m...enderu
Kau tetap di sisi

Setia mu kuhargai
Kaulah isteri yang ku sanjungi
Kerana kaulah bidadari
Bersemi di hati

Ku doakan agar kau kan bahagia
Ku doakan agar tiada lagi derita
Moga Tuhan kan merahmati mu
Di syurga yang selayaknya
Untuk seorang isteri yang setia

dengar disini.....LINK:  http://www.youtube.com/watch?v=u9qRLtTD6oc

 

BINA INSAN MURABBI 2010  

Posted by: an-Nisa` in



Doakan semoga berjalan lancar MySpace

:: Sanah Helwa ya Jamilah ::  

Posted by: an-Nisa`





Sape ni dok jg pintu...hehe..xlain xbukan acik @ anis @ ustazah anis...
taggal 15/01/1990 maka lahirla ustazah manis ni....so nk wish selamat hari lahir yg ke- 20thn....skali lg 20thn..terima hakikat yer....huk3
akak doakan smoga succes dlm perjuangan hidup ini...
n tingkatkan amalan seiring usia...
hadiah nnti yer...xjupe2 lg yg berkenan
xpe..amik pai strawberi ni dulu..share ngan member2 kat hostel ek..
t.care...



INTIM  

Posted by: an-Nisa` in




Bertempat di PD...pada 2&3hb Jan...sy telah menyertai prog under anak negeri 9....1st time join..and so far ok...dr segi aktiviti menarik..but dr segi anggota organisasi yg mengorganise tu..bnyk lg kena perbaiki.....
2 aktiviti besar ialah night walk dan rakit pantai...

night walk = xpenah lg jln2 dlm hutan tgh2 mlm, dgn bertemankan lilin yg pendek (dh di kerat )...kami dalam kumpulan seramai 12org menyelusuri hutan utk mencari check point..tiada petanda diberi...cuma pesanan sblm bergerak...jln terus klu jumpa simpang jgn belok...ai..ni hutan...jln lurus pun cm belok2..huhu..alhmdulillah akhirnya slamat smpai walaupun mula2 tu tersesat skit....

rakit pantai = dlm tentatif dijanjikan pada kul8pg..namun penerangan diberikan pd jam9.30pg....bila dh terik ni..syg la plak kulit...walaupun dh mmg manis2 dh..syg gak..hehe..setelah diajar cara2 nk wt rakit oleh seorang jurulatih..setiap kumpulan kena m`bina sendiri...so kena ingat la bhn n lgkah dia...
tong besar = 5
buluh pendek = 9
buluh panjang = 6
tali halus n besar secukupnya utk mengikat setiap satu buluh pada tong..cara dia senang tp xingat gak..hehe

pertandingan berakit bermula hampir kul12 tgh hari..mmg panas..dh rasa cm ayam goreng....kump kami menang..alhamdulillah...enjoy pic kenangan kami...