"jangan biarkan hatimu dihancurkan oleh tanganmu sendiri".
Bagaimanakah kita boleh menghancurkan diri sendiri?
segala-galanya menerusi hati !
Jangan resah dan gelisah - usah selalu mengeluh dengan keadaan kerana ramai lagi yang lebih malang berbanding kita.
Jangan sedih dan berasa derita - hapuskan perasaan ini dengan beristighfar, berdoa dan mohonlah pertolongan daripada-Nya.
Jangan lemah dan malas - aktifkan diri dengan ibadah, berzikir, mencari ilmu, bekerja dan beriadah.
Jangan banyak berhutang - nafsu jika dituruti kita tidak akan puas. Akibatnya hidup tidak akan tenteram jika terlalu mengejar harta, pangkat dan duniawi.
Jangan kedekut dan pengecut - rezeki yang Allah beri bukan milik peribadi kerana padanya ada hak orang miskin dan anak yatim. Begitu juga dengan tanggungjawab terhadap ibu bapa kerana keredhaan Allah juga bergantung pada keredhaan mereka.
Baginda S.A.W mengajarkan doa untuk selamatkan diri daripada 5 perkara diatas:
" Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa resah gelisah, dari sedih dan derita, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat kedekut dan pengecut dan dari lilitan hutang dan tekanan orang".
This entry was posted
on 9:17 PM
and is filed under
::NUKILAN::
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.