: :pesan pada DIRI tabahkan hati kuatkan semangat, pesan pada HATI kukuhkan IMAN banyakkan ZIKRULLAH, pesan pada NALURI jangan mengeluh & kecewa, tiada daya & rezeki melainkan dari ALLAH: :

[ e-Maya Bookstore ]  

Posted


Malas ke kedai buku?...
tetapi inginkan bahan ilmu terkini.....
kini anda boleh membeli secara online di
sebarang pertanyaan boleh terus msj di blog ini....













Cara untuk membuat pembelian
1) FOR SERIUS BUYER ONLY
2) buat pilihan buku, senarai penuh katalog di www.stormreaders.net/husaif
2) mesej kan nama, alamat, nama buku dan kuantiti ke 017-9276801
3) setelah menerima pengesahan dari pihak kami, sila bank in kan bayaran ke no akaun yg akan diberitahu
4) setelah pihak kami mengesahkan penerimaan bayaran, buku akan diposkan terus hgga ke pintu rumah anda

TERIMA KASIH KERANA BERURUSAN DENGAN KAMI ~



:::: KELUARAN TERKINI ::::





- Buku ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). 
- Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step.
- Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. 

- Harga RM55 + postage : semenanjung RM5 /sabah & sarawak RM8




Buku “INDAHNYA AMALAN DOA” diterbitkan se­bagai susulan kepada buku beliau "INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT" yang telah mendapat sambutan di luar dugaan daripada pem­baca khasnya dan seluruh umat Islam am­nya.


Doa adalah antara ajaran Islam yang terpenting yang menjadi tunjang atau tu­lang belakang kepada ajaran akidah Islami­ah kerana rapatnya hubungan doa dengan kekuasaan Allah SWT, Tuhan yang menjadi­kan dan mentadbir alam ini.


Doa boleh mengubah persepsi hidup seorang insan daripada
seorang yang lemah serta tidak berdaya maju menjadi seorang yang
bermotivasi tinggi dan bekerja keras. Malah sebahagian daripada kejayaan yang di­capai oleh orang bukan Islam adalah daripada pegangan dan keyakinan doa yang mereka panjatkan kepada “Tuhan” mereka walaupun pada hakikatnya Allah SWT jua yang menyempurnakan permintaan dan hajat mereka itu.


Harga : RM35.00 / RM37.00 (sbh,Srwk)





:::: BUKU OH BUKU ::::

 

Berapa ramai antara kita yg sanggup berhabis duit untuk memiliki buku2 ilmiah...
kebanyakan daripada kita sanggup berbelanja besar utk shopping baju baru, hp baru n gajet2 baru....tp utk buku walaupun berharga RM4.90 sudah diaggap mahal.....
malah trend di IPT...student sanggup fotostat buku kuliah daripada beli.....kononnya utk penjimatan...tetapi utk baju yg berharga RM39.90...murah....
mmg xdinafikan ada yg sanggup mengumpul duit utk membeli buku2 ilmiah..tetapi peratusannya sedikit....
satatistik sblm ni ada menyatakan amnya rakyat malaysia hanya membeli @ membaca hanya 1 buku dalam setahun...
harapannya moga statistik itu sudah lapuk dh berubah...
marilah sama2 kita mengubah diri kita....jadikan buku teman kita........
"Ballighu anni walau aayah"



:::: BEST SELLER ::::




Buku 'bestseller' ini menghimpunkan coretan rasa dan pengalaman seorang bapa dalam memenuhi tanggungjawab yang menanti sebuah perkahwinan.

AKU TERIMA NIKAHNYA adalah rakaman pengalaman penulis dalam membina damai pada sesebuah kehidupan berumah tangga. Segalanya bermula dengan menilai cara diri memandang perkahwinan itu sendiri. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk menerima, menjadikan kita sering gelisah dan hidupmeminta-minta. Melihat perkahwinan sebagai memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukan HAK yang tidak berkesudahan.

RM20.90 + postage : semenanjung RM5 / sabah & sarawak RM8



Kesinambungan kepada buku 'bestseller' AKU TERIMA NIKAHNYA.

Mengandungi kisah alam rumah tangga da nasihat yang tersendiri menyentuh hati, geram, sinis, lucu, marah, kesemuanya diadun dalam nada bersahaja namun isinya tetap tajam dan mantap! bagi yang sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga, yang sedang mengemudi rumah tangga, atau yang sedang mengalami masalah rumah tangga...

Buku ini memberi inspirasi dan panduan dalam membina sebuah keluarga harmoni.

RM25 + postage : semenanjung RM5 / sabah & sarawak RM8




Buku ini adalah kesinambungan daripada buku terdahulu , AKU TERIMA NIKAHNYA dan BERCINTA SAMPAI KE SYURGA.

Cinta semalam menjadikan umat Islam hebat. Cinta hari ini menjadikan umat Islam luput tenggelam. Sirna oleh cinta yang bukan lagi cinta. Penulis memperjuangkan cinta yang diteladani daripada seorang murabbi.

RM25 + postage : semenanjung RM5 / sabah & sarawak RM8




Novel ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadapa Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk menerima pasangan hidup yang benar-benar boleh mendidik beliau dan keluarga ke jalan syurga. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menjumpai PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul.

RM12 + postage : semenanjung RM5 / sabah & sarawak RM8




50 RESIPI popular setempat yang mampu anda sediakan di rumah dalam masa yang singkat. Gambar berwarna untuk setiap masakan.
 
RM35 + postage: semenanjung RM5 / sabah & sarawak RM8





Membicarakan pelbagai isu sensitif berkenaan seks yang mampu merungkai banyak persoalan yang masih menyelubungi masyarakat di negara kita. Kepada ibu bapa dan guru yang malu menjawab pertanyaan anak, dan para pelajar. Kepada pengantin baru yang masih tercari-cari jawapan kepada pelbagai permasalahan seks, dan juga kepada pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga tetapi masih memendam rasa, buku inilah penyelesaian-nya.

RM19.90 + postage : semenanjung RM5 / sabah & srwk RM8




Kerana kurangnya mengikuti kelas pengajian agama Islam terutama tentang fardu ain, maka ramai umat Islam yang tidak lagi arif tentang selok-belok ibadah puasa. Berpuasa sudah menjadi ikut-ikutan. kadang-kadang puasa dilakukan kerana terpaksa atau segan dengan sesetengah orang. Sedangkan untuk menunaikan tanggungjawab inadah puasa yang menjadi Rukun Islam ke-3 tentulah mempunyai adab, teknik, rasional dan peraturan yang tetap.

RM20 + postage : Semenanjung RM5 / Sabah & Sarawak RM8





:::: SERTAI KAMI ::::





  


  



  






:::: NOVEL ::::