: :pesan pada DIRI tabahkan hati kuatkan semangat, pesan pada HATI kukuhkan IMAN banyakkan ZIKRULLAH, pesan pada NALURI jangan mengeluh & kecewa, tiada daya & rezeki melainkan dari ALLAH: :
Showing posts with label ::PATUT TAU::. Show all posts

KONVOKESYEN UKM YANG KE-38  

Posted by: an-Nisa` in

:: e- Maya bookstore ::  

Posted by: an-Nisa` in



Kedai buku maya @ e-maya bookstore menjadikan pembelian buku lebih mudah tanpa perlu bersusah payah ke kedai buku....
kini pembelian hanya dihujung jari...
dan buku akan dihantar terus ke pintu rumah.....
untuk senarai penuh katalog buku daripada penulis-penulis terkenal..................






pelbagai buku menarik menanti sahabat.......







buku-buku terkini dan penuh informasi.......




Mujur d0sa itu tidak berbau......................  

Posted by: an-Nisa` in ,



Terkedu seketika kala menatap tajuk diatas....
mujur d0sa itu tidak berbau...
bagaimana agaknya ya? Akan adakah 0rang yang akak mendekati kita?
bagaimana baunya?
AstaghfirulLah...
sesungguhnya Allah itu Maha Menyayangi....
sentiasa memberi peluang untuk kita menginsafi diri...


Namun...
kita harus ingat bahawa hari pengadilan itu tetap ada!!
jika di dunia, ada kala yang benar dikatakan salah, yang salah pula terlepas bebas...
tapi di Akhirat kelak...
yang benar tetap benar...
dan yang salah tetap menerima hukumannya...
segala anggota pada tubuh akan berkata-kata...
meluahkan apa jua d0sa dan pahala yang kita lakukan.


Di dunia, kita mampu menyembunyikan d0sa...
daripada pengetahuan manusia lain namun...
MUSTAHIL menipu Allah dan diri sendiri!!
renung-renungkanlah...


p/s : pesanan buat diri ini....

Gelisah kerana Hutang???  

Posted by: an-Nisa` in ,




Abu Sa`ad al-Khudri meriwayatkan pada suatu hari sewaktu Rasulullah s.a.w. memasuki masjid, didapati ada seorang lelaki Ansar yang digelar Abu Umamah.

   Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya: " wahai Abu Umamah, aku tidak melihat engkau berada di masjid melainkan pada waktu solat. Beliau menjawab: " Aku bimbang memikirkan hutangku, ya Rasulullah."

   Rasulullah kemudian bertanya: " mahukah Aku ajarkan kepadamu satu doa yang jika kamu amalkan maka Allah akan menghilangkan kebimbanganmu dan membantu melunaskan hutangmu?" 

  Ia menjawab: " sudah tentu ya Rasulullah!"

   Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "pada waktu pagi dan petang, bacalah ....

اللهم إنى أعوذبك من الهم والحزن وأعوذبك من العجز والكسل وأعوذبك من الجب والبخل وأعوذبك من غلبة الدين وقهر الرجال                   


Maksudnya: " Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dirundung sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kikir. Aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan penindasan orang." (Riwayat Abu Daud no. 1557)

Doa ini turut dimuatkan di dalam al-Ma`thurat.

p/s....risau hutang PTPTN......klu xbayar xpe ke.....huhuhu....   T_T

Jangkitan Influenza A(H1N1) Di Sekolah Atau Institusi  

Posted by: an-Nisa` in



Situasi semasa Influenza A(H1N1)

(Setakat 3 Ogos 2009, jam 8.00 pagi)


Kes - Kes Baru: 17
Kes - Kes Import: 0
Kes Jangkitan Tempatan: 17
Kes Kematian: 1

Jumlah Kes di Malaysia: 1,446 termasuk 7 kematian.



Panduan Jangkitan Influenza A(H1N1) Di Sekolah Atau Institusi


1.Saya belajar di salah sebuah institusi/ sekolah yang mempunyai kejadian influenza A(H1N1), apakah yang perlu saya lakukan?


Sekiranya institusi/sekolah anda DITUTUP untuk tempoh tertentu, anda hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebut

Jika anda mempunyai gejala selesema (influenza-like-illness) yang ringan, anda perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah. Sekiranya gejala berterusan dan bertambah teruk, anda perlu mendapatkan rawatan doktor.

Sekiranya institusi/sekolah anda TIDAK DITUTUP, anda dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut


2. Apakah yang dimaksudkan dengan penutupan sekolah/ institusi?


Apabila sesebuah sekolah/institusi ditutup kerana jangkitan influenza A(H1N1), ia bermakna semua pelajar termasuk guru dan lain-lain kakitangan sokongan dikehendaki untuk berada di rumah.

Ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan infuenza A(H1N1) dan seterusnya memastikan individu yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya orang lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.


3. Adakah sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula?


Tidak. Pada umumnya sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu. Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.


4. Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke sekolah seperti biasa?


Ya, beliau boleh hadir ke sekolah seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.




Influenza A(H1N1) :
Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah


Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut:

1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
3. Sakit dada berterusan
4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
7. Rasa pening apabila berdiri
8. Kurang kencing

maklumat lanjut...layari http://h1n1.moh.gov.my/index.php

~ KEAJAIBAN SEORANG IBU  

Posted by: an-Nisa` in




Bayi dilahirkan selepas 40 minggu berada di dalam rahim ibunya.
Pada bulan pertama, panjang janin kira-kira satu ruas jari tangan.
Bulan kedua, wajah, tangan, kaki dan jari-jemari terbentuk.
Pada bulan ketiga, alat jantina mula kelihatan dan....
bulan keempat, ditiupkan roh ke dalam tubuhnya.
Pada bulan kelima, debar jantungnya mula dapat dikesan.

Demikianlah janin itu terus membesar dan membesar, lengkap dengan organ-organ dalamannya dan lahir selepas sembilan bulan sepuluh hari di dalam perut ibu.
Janin menempatkan kepalanya mengarah ke dinding rahim dengan sedikit ruang gerak agar ia dapat keluar (lahir) dengan mudah.
Siapakah yang mengajar dan menempatkannya dalam keadaan demikian?
Pastinya Dia Yang Maha Agung.

Dr. ahmad Mahammad Kan’an dalam Ensiklopedia Kedoktoran dan fiqh berkata,
80 peratus ibu boleh melahirkan bayi tanpa dibantu oleh pihak lain.
Selebihnya, 15 peratus dengan bantuan manakala
lima peratus lagi perlu dibedah.

Seorang ibu memang akan berasa sakit semasa proses kontradisi.

Tetapi sekali lagi Yang Maha Esa membekalkan ibu dangan perasaan kasih dan sabar yang tiada bandingannya. Malah kesakitan itu dilupakan terus sebaik melihat bayinya selamat dilahirkan. Saat itu segala kesakitan hilang serta merta dan digantikan dengan perasaan gembira.

Mereka menjaga bayi itu dengan penuh rasa cinta.
Malangnya, apabila sudah besar, bukan semua anak menghargai pengorbanan dan kasih sayang ibu kepada mereka.

...IBU..KASIHMU MEMBAWA KE SYURGA...MISS U...

~ TULIP NAN MENAWAN ~  

Posted by: an-Nisa` in



FAKTA
Nama: Bunga Tulip
Nama Asal: Tulipa (Perkataan Arab bermaksud serban)
Famili: Kumpulan Magnoliophyta
Jenis popular: Golden Melody (kuning), Leen Var De Mark (merah),Monte Carlo(kuning), Orange Wonder (orange),Rossario (merah jambu), Inzell (putih) dan Nagrita (ungu).





Tulip...ana suka sangat ngan bunga tulip...selain warnanya yang menarik..ianya simple...cantik skali..bertuahnya klu dpt bunga tulip dr tersayang...nanti konvo nak mntak mak n abah beli bunga tulip la..lain dari kebiasaan..hehehe

Sedikit fakta sejarah...
BUNGA tulip dipercayai berasal dari Turki dan hanya dibawa masuk ke Belanda pada kurun ke-17 dan sejak itu, bunga berkenaan diangkat menjadi bunga rasmi negara itu.

Di Malaysia, bunga tulip yang banyak ditanam di Belanda hidup subur dan berbunga di atas puncak Bukit Larut, Perak pada ketinggian 1,200 meter dari paras laut.

Harus diingat, keadaan cuaca di negara ini yang agak panas tidak mengizinkan bunga itu hidup subur. Namun, penggemar bunga tulip boleh cuba-cuba menanam jika dapat memastikan ia ditanam di tempat redup, di bawah teduhan dan rajin menyiram.



Jenis-jenis Bunga Tulip:

• Tulip bakeri • Tulip biflora • Tulip borszczowii • Tulip acuminate • Tulip agenensis • Tulip armena • Tulip aucheriana • Tulip gesneriana • Tulip hoogiana • Tulip batalinii • Tulip butkovii • Tulip carinata • Tulip cretica • Tulip cypria • Tulip humilis • Tulip iliensis • Tulip ingens • Tulip Julia • Tulip kaufmanniana • Tulip kolpakowskiana • Tulip kurdica • Tulip goulimyi • Tulip greigii • Tulip grengiolensis • Tulip heterophylla • Tulip kuschkensis • Tulip lanata • Tulip lehmanniana • Tulip linifolia • Tulip marjolettii • Tulip platystigma • Tulip Montana • Tulip sharonensis • Tulip sprengeri • Tulip systole • Tulip tarda • Tulip tetraphylla • Tulip tschimganica • Tulip tubergeniana • Tulip turkestanica • Tulip stapfii • Tulip subpraestans • Tulip sylvestris • Tulip undulatifolia • Tulip urumiensis • Tulip violacea • Tulip whittalli • Tulip urumoffii • Tulip dasystemon • Tulip didieri • Tulip dubia • Tulip celsiana • Tulip clusiana • Tulip edulis • Tulip ferganica • Tulip orphanidea • Tulip ostrowskiana • Tulip polychrome • Tulip praecox • Tulip praestans • Tulip primulina • Tulip pulchella • Tulip retroflexa • Tulip saxatilis • Tulip Mauritania • Tulip Micheliana.

Bila menerima tulip merah dari seseorang bererti Anda adalah “perfect lover” dalam hidupnya....
klu kat bangi xde plak jual bunga tulip...ada ape ek kat UKM...huhuhu...

~ESTIM KENDIRI~  

Posted by: an-Nisa` in



::Kesan Ketampanan dan Kejelitaan Diri Ke atas Estim kendiri::

Sesetengah individu tidak mahu percaya apabila dia diberitahu dia seorang yang tampan ataupun cantik. Ada pula individu yang sangat pemalu padahal rupa paras mereka elok. Di satu pihak lain, individu yang popular selalunya memiliki wajah dan perawakan yang menarik. Pemimpin yang menang melalui undian biasanya juga memiliki penampilan yang elok. Di syurga nanti semua orang tampan dan jelita. Tetapi sebelum itu, dunia ini penuh dengan manusia yang berbagai rupa parasnya. Individu yang memiliki wajah tampan dan jelita mempunyai nasib yang lebih baik sedikit daripada orang yang tidak memiliki rupa paras menarik.

Individu yang memiliki rupa paras menarik dipandang sebagai orang yang pandai bergaul, lebih popular, lebih berjaya, lebih meyakinkan dan lebih daya tarikan seksnya. Mereka juga dipandang lebih menawan dan lebih berbahagia.

Rupa paras memainkan peranan penting pada kesan pertama apabila kita memandang seseorang. Ada kalanya kesan itu kekal. Lelaki lebih mengutamakan rupa paras dan penampilan daripada perempuan.

Rupa paras yang menentukan estim adalah rupa paras yang sangat tampan dan sangat hodoh. Apabila orang yang tampan merenung wajah mereka lama-lama dalam cermin, mereka tahu diri mereka tampan. Ditambah pula mereka sering menerima pujian akan ketampanan mereka itu, barulah rupa paras mereka mempengaruhi estim mereka dan mereka berasa seronok dengan diri mereka sendiri.

Apabila orang yang sangat hodoh merenung wajah mereka lama-lama dalam cermin dan berasa diri mereka hodoh, ditambah pula mereka selalu mendapat maklum balas berkenaan rupa paras mereka yang hodoh, barulah mereka berasa estim mereka merosot dan mereka membenci diri mereka sendiri.

Adalah dianggarkan sepuluh peratus daripada semua orang termasuk dalam kumpulan orang tampan dan sepuluh peratus lagi termasuk dalam kumpulan orang hodoh. Lapan puluh peratus yang lain tidak terlalu tampan dan tidak terlalu hodoh. Oleh itu rupa paras mereka tidak mempengaruhi estim mereka. Kebanyakan manusia termasuk dalam kumpulan 80 peratus itu di mana rupa paras mereka tidak mempengaruhi estim mereka. Di kalangan mereka yang tidak terlalu hodoh tetapi setakat kurang tampan ataupun kurang cantik daripada kebanyakan orang, rupa paras mereka tetap tidak mempengaruhi estim mereka kerana estim ditentukan oleh banyak faktor, seperti kelulusan, wang, keturunan dan bakat semula jadi.

Antara orang yang sangat tampan ataupun sangat cantik, terdapat segelintir yang estim mereka sangat bergantung pada rupa paras yang mereka miliki. Sebagai contoh, model-model dan bintang-bintang filem adalah mereka yang estimnya bergantung pada rupa paras. Apabila mereka bertambah tua, mereka kehilangan sumber estim hingga menyebabkan mereka sangat takut pada usia tua. Akibatnya, semakin mereka tua semakin turun estim mereka, dengan itu keyakinan diri mereka juga boleh ikut merosot.

Manusia selalu membuat pelbagai andaian berkenaan seseorang berdasarkan rupa parasnya. Pakar psikologi mempunyai banyak bukti yang menunjukkan manusia lazimnya menyangka orang yang tampan memiliki ciri-ciri peribadi yang baik. Anggapan ini sangat meluas di kalangan masyarakat di mana mereka menyangka orang yang tampan mempunyai bakat sosial yang lebih baik, lebih dapat menyesuaikan diri, lebih pintar dan lebih pandai mempengaruhi orang lain jika dibandingkan dengan orang yang kurang tampan. Kajian mendapati sangkaan itu tidak ada asasnya.






Individu yang tampan dan cantik memang lebih beruntung daripada mereka yang kurang tampan, terutama daripada sudut pandangan masyarakat. Mereka lebih popular, lebih pandai bergaul, mempunyai lebih ramai rakan dan kenalan serta kurang kesepian.

Individu yang tampan ataupun cantik tidak semestinya lebih pintar, tidak semestinya memiliki ciri-ciri yang lebih baik, tidak semestinya memiliki kesihatan mental yang lebih tinggi dan tidak memiliki estim yang lebih tinggi daripada mereka yang kurang tampan, ataupun daripada kebanyakan orang. Meskipun mereka tampan estim mereka tidak semestinya tinggi disebabkan perkara ini ada kaitan dengan siapa yang mengukur ketampanan itu.

Seseorang itu mungkin diukur sebagai tampan oleh orang lain tetapi dia sendiri tidak menganggap dirinya tampan. Orang yang menganggap dirinya tampan mempunyai estim tinggi dan memiliki kesihatan mental yang lebih baik daripada mereka yang menganggap dirinya tidak tampan.

Satu hal yang menarik adalah perbezaan antara ukuran ketampanan yang dibuat oleh orang lain dengan ukuran yang dibuat sendiri sangat sedikit kaitannya. Dalam erti kata yang lain, kebanyakan orang yang mengatakan dirinya tampan tidak dianggap tampan oleh orang lain. Bagi mereka yang menganggap dirinya tidak tampan, walaupun orang lain mengatakan mereka tampan, rupa paras tidak menentukan estim mereka dan kesihatan mental mereka.


betul ke????
emmm.....

jordan...  

Posted by: an-Nisa` in


Belajar di Jordan yang temasuk dalam bumi Syam yang diberkati merupakan satu peluang keemasan bagi kaum muslimin dan muslimat kerana ianya pernah menjadi medan perjuangan para anbiya' terdahulu. Terdapat beberapa bahagian atau mantiqah di Jordan yang menempatkan pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di sini, antaranya Mafraq, Mu'tah, Armman dan juga Irbid.

Irbid merupakan mantiqah yang paling unik kerana ia menghimpunkan pelajar Malaysia dalam dua aliran yang berbeza iaitu pengajian Islam dan perubatan. Belajar di universiti yang berbeza; Universiti Yarmouk bagi pengajian Islam dan Jordan University of Science and Technology (JUST) bagi perubatan, tetapi dalam satu mantiqah yang sama.

Baik pelajar perubatan mahupun pengajian Islam, sistem yang diguna pakai di sini adalah serupa. Dalam setahun ada 3 semester, semester pertama (September-Januari), semester kedua (Februari-Mei) dan semester musim panas (Jun-Ogos) atau dikenali sebagai short sem di Malaysia. Bezanya di Yarmouk, Summer Semester ini adalah optional, manakala ianya wajib bagi pelajar JUST.

So kebanyakan student yarmouk kalau tidak mengambil summer semester mereka akan bercuti panjang di Malaysia, kira-kira 3 bulan. Di sini digunakan sistem jam kredit seperti yang diamalkan di Malaysia dan pelajar bebas memilih subjek untuk dipelajari dalam satu-satu semester.

Kebiasaannya jadual pada hari Ahad, Selasa dan Khamis adalah sama begitu juga dengan Isnin dan Rabu. Tetapi pada Summer Semester, setiap hari merupakan jadual yang sama. Opss lupa pula, di bumi Arab, weekend adalah hari Jumaat dan Sabtu, berlainan dengan negara-negara lain yang kebanyakannya bercuti pada hari Sabtu dan Ahad. Life di Jordan ini tidaklah susah seperti rakan-rakan kita di negara-negara lain memandangkan Jordan merupakan sebuah negara Islam.


Tiada masalah yang timbul dalam soal mencari makanan. Makanan di sini insya Allah ditanggung halal dan masakan Arab memang sangat menggiurkan. Lebih merisaukan apa yang ada di Malaysia dengan isu-isu terkini berkaitan dengan kualiti halal di Malaysia. Dari segi penempatan pula, bagi pelajar di Yarmouk, mereka hanya perlu berjalan kaki selama lebih kurang 10 minit untuk samapi ke dewan kuliah manakala bagi pelajar just pula mereka perlu menaiki bas untuk ke dewan kuliah. Ini kerana JUST terletak agak jauh ke padang pasir berlainan dengan Yarmouk yang memang terletak betul-betul di pusat bandar Irbid. Irbid merupakan bandar kedua terbesar di Jordan selepas ibu negara Amman.

Tetapi janganlah pula membezakan Irbid dengan Johor Bahru, jauh panggang dari api. Jordan tidaklah semaju Malaysia namun cukuplah bagi kita pelajar untuk mencari keperluan harian. Di sini pelajar Malaysia bernaung di bawah PZ iaitu persatuan zon yang berada di bawah Malaysian Student Department. PZ ditubuhkan di setiap mantiqah yang menempatkan pelajar Malaysia di Jordan. Oleh itu usahlah risau dengan kehidupan berpersatuan kerana di sini insyA Allah semuanya ada.
Cuaca di sini ialah empat musim. Menyeronokkan bagi sesiapa yang belum pernah keluar dari Malaysia. Tetapi di sini musim yang paling ketara ialah musim panas dan musim sejuk sahaja. Musim luruh dan bunga tidaklah begitu ketara sepertimana di UK atau Jepun. Musim sejuk disini memang sejuk dan menyakitkan bagi sesiapa yang tidak memakai baju sejuk kerana struktur muka bumi Jordan ialah gurun. Angin sejuk gurun adaah lebih merbahaya berbanding angin sejuk di tempat lain.

Berkenaan baju sejuk, tidak perlulah risau kerana di sini banyak baju sejuk dijual dengan harga yang sungguh berpatutan. Kos hidup di bumi jordan ini tidaklah begitu mahal (mahal juga sebenarnya), lebih kurang Jordanian Dinar 100-150 secara purata. Kalau ditukarkan ke RM, lebih kurang RM 500-750 sebulan.

Masyarakat Arab di sini rata-rata menghormati dan menerima dengan baik pelajar Malaysia di sini. Rata-rata mereka mengatakan orang Malaysia sangat mengambil berat tentang cara hidup Islam dan mereka memandang tinggi kepada kita. Tetapi ada juga yang memandang pelik dan sinis terhapap orang luar. Ianya tidak patut menjadi masalah kerana di mana-mana begitu. Kita belajar di negara orang bukan negara sendiri. Di mana-mana akan ada orang baik dan orang jahat, hatta di negara Arab sekalipun dan ianya menjadi cabaran kepada pelajar-pelajar di dini.

Tetapi doktor dan pensyarah sangat menghormati pelajar Malaysia kerana adab sopan dan prestasi yang agak memberangsangkan. Jadi untuk sesiapa yang akan melanjutkan pelajaran di sini, ianya satu pengalaman dan peluang yang sangat berharga dan tidak dilupa banyak cabaran yang akan dilalui sepanjang hidup di negara Arab yang memang berlainan budaya dan cara hidup dengan kita.

p/s..ya Allah semoga suatu hari nnti aku dapat menjejakkan kaki ku ke sana..amiin..


Rahsia tandatangan.....  

Posted by: an-Nisa` in

Kenali sidia menerusi tandatangan

Karisma, rahsia individu tersimpan dalam bentuk tulisan

BANYAK cara sebenarnya untuk `membaca’ seseorang. Baikkah dia, jujurkah dia atau sebenarnya dia seorang yang tidak boleh dipercayai, tidak jujur, tidak ikhlas juga penipu.

Berkawan dan mengenali untuk mendapatkan semua maklumat ini adalah cara terbaik tapi ada ketikanya ia akan membuang masa, tenaga dan lebih malang, harta-benda, jiwa dan raga bila akhirnya insan yang dikenali ini hanya indah rupa...hendak pula bila bercinta.

Ketika itu, segala-galanya sudah tidak bermakna, air mata membazir sia-sia. Inilah yang dikatakan sesal kemudian tidak berguna.

Justeru, ramai yang mencuba-cuba `mengorek’ rahsia insan yang baru dikenali menerusi tulisan juga tanda tangan. Bukan suatu yang mudah tetapi tidak salah mencuba bukan?

Tetapi benarkah tulisan dan tanda tangan mampu merungkai rahsia? Benarkah tulisan dan tanda tangan boleh menceritakan sifat sebenar tuan punya badan?

Menurut pakar psikologi dan grafologi (pakar anilisis tulisan), tanda tangan mempunyai pelbagai makna. Ia melambangkan identiti dan membawa nilai tertentu. Tanda tangan mampu menampakkan maksud ego dan perjalanan hidup seseorang.

Tanda tangan yang terputus-putus membawa erti perjalanan hidup pemiliknya tidak lancar kerana tidak mempunyai perancangan awal yang matang.
Jika tanda tangan melingkar bermakna pemiliknya suka mengeluh dan sering memikirkan kesusahan berbanding kesenangan.

Tanda tangan yang kecil pula menunjukkan orang itu banyak berahsia. Urusan dengan orang sebegini sentiasa sukar diselesaikan. Selok-belok pada tanda tangan menunjukkan hidup si empunya diri menjadi perhatian orang atau boleh juga diibaratkan sebagai gangguan luar. Boleh jadi juga orang ini suka memanipulasi diri, mengada-ngada atau suka berbohong.

Ramai juga yang melakar garisan di bawah tanda tangan. Garisan ini sebenarnya mempunyai erti. Kalau garis itu kena pada bawah tanda tangan, orangnya suka bergantung dengan orang lain. Coretan garis itu juga sepatutnya lurus. Jika hujungnya ke bawah, ketika tua nanti hidupnya susah. Lebih teruk lagi jika hujungnya berkait, hidupnya di kelilingi hutang.

Merujuk pada buku tulisan pakar grafologi, Dr Margaret Gullan-Whur berjudul What Your Handwriting Reveals, beberapa aspek harus dilihat dalam menganalisis tanda tangan iaitu maksud tanda tangan, penempatan, ukuran, keseimbangan, pembetulan, kejelasan dan unsur tambahannya.

Jelas beliau dalam bukunya itu, umumnya tanda tangan direka oleh seseorang bagi menampilkan ciri keperibadiannya. Mereka yang memiliki dua bentuk tanda tangan yang hampir serupa pula berkemungkinan memiliki dua identiti.

Jika tanda tangan diletakkan tepat di atas garis yang disediakan, ia menggambarkan rasa hormat terhadap diri sendiri dan juga pihak berkuasa. Jika ia agak di atas sedikit daripada garisan, ia menandakan kegembiraan berkaitan dengan dokumen yang ditandatangani itu dan jika di bawah garisan pula ia menunjukkan kemurungan.

Tanda tangan yang menaik menampilkan rasa percaya diri yang tinggi dan sebaliknya jika ia menurun.

Tanda tangan yang cenderung ke kiri dari tempat tersedia menunjukkan rasa takut (pada orang lain atau kegagalan) manakala ke kanan pula bermaksud kurang perhatian.

Tanda tangan lebih kecil daripada teks tulisan mengungkapkan keinginan untuk menyendiri sebaliknya tanda tangan besar memberi maksud ingin menonjolkan diri. Bila hurufnya besar dan rapat, ia melambangkan kesombongan manakala pendapat lain menyebutkan tanda tangan kecil, mampat dan pendek menunjukkan rasa rendah diri.

Ada juga yang bukan sekadar meletakkan nama sendiri pada tanda tangan. Nama keluarga juga dilakar bersama. Jika nama keluarga lebih rendah daripada nama depan ia menunjukkan sifat murung pada pemiliknya.

Bagaimana tanda tangan anda sekarang? Dengan segala penjelasan di atas mungkin ada yang sudah mula mencongak untuk mengubah tanda tangan. Kalau dulu tanda tangan menurun, mungkin sudah ada yang cuba-cuba mencipta tanda tangan baru yang menaik.

Apapun, tiada siapa mengajar kita merancang atau memilih tanda tangan. Kanak-kanak yang sudah mengenali huruf, sudah pandai membaca juga pandai mencipta tanda tangan mengikut kreativiti mereka.

Tanda tangan ketika kecil tidak akan kekal biasanya. Keraguan mencipta tanda tangan akan berlaku ketika remaja dan seterusnya apabila meningkat dewasa. Biasanya, tanda tangan yang tercipta kala dewasa ini akan kekal, apatah lagi jika tanda tangan ini sudah digunakan untuk pelbagai urusan seperti perbankan.

Mungkin ini juga petanda kita sudah mencapai tahap kematangan. Tahu apa yang nampak menarik mungkin juga unik sesuai dengan usia dan kehidupan.

Bagaimanapun, Prof Dr John Nimpoeno, pakar psikologi dan grafologi dari Kampus Pasca Sarjana Universitas Parahyangan, Bandung, Indonesia berpendapat sebaliknya.

"Memang dalam tanda tangan ada unsur yang menunjuk sifat atau karakter seseorang, tapi tidak selengkap grafologi (tulisan tangan). Tulisan tangan mampu menunjukkan keadaan yang berlaku pada pemiliknya tetapi tidak tanda tangan kerana unsurnya tidak lengkap.

“Ada berpuluh indikator pada grafologi sedangkan tanda tangan hanya sebahagian daripadanya,” katanya.

Berdasarkan grafologi, gerakan menulis jelas ada hubungannya dengan keadaan psikologi seseorang. Pemikiran dan emosi walau sesaat sekalipun mampu dibaca pada tulisan tangan dan kerana itu, tulisan tangan mampu mencerminkan keperibadian seseorang.

Kata Dr John Nimpoeno lagi, tanda tangan muncul hasil daripada gerakan automatik dan kerana itu ia tidak dapat menceritakan sepenuhnya keperibadian seseorang. Tanda tangan diramal? Itu cuma cerita rakyat, katanya.

Anda bagaimana? Apa pandangan anda? Mampukah tanda tangan membantu anda mengenali keperibadian seseorang? Bak kata Pakar Grafologi dari Pusat Grafologi Anna Koren, Anna Koren, sekalipun tanda tangan boleh dianalisis, penilaiannya lebih mengikut gerak hati.

Oleh itu, bila mengenali seseorang, dengarlah kata hati anda...

Makna tersirat di sebalik tanda tangan:

1. Satu garisan di bawah tanda tangan

· Seorang yang sangat yakin

· Ada personaliti yang hebat

· Agak mementingkan diri sendiri

· Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu

2. Dua titik di bawah tanda tangan

· Anda romantik

· Mudah bertukar pasangan macam tukar baju

· Memilih kecantikan (bagi lelaki)

· Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)

· Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping

3. Satu titik di bawah tanda tangan

· Anda kelihatan mudah dan tenang

· Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati

4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan

· Seronok dengan kehidupan

· Ikut gaya dan cara sendiri

· Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain

5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama

· Anda sentiasa berusaha supaya smart

· Suka berselindung

· Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup

· Yakin dengan kebolehan diri sendiri

6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak

· Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir

· Anda cepat menukar pandangan dan idea

7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung

· Seorang yang sangat prihatin

· Tidak pentingkan diri sendiri

· Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain

· Seorang pemikir

· Seorang yang mudah serik

8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas

· Seorang yang sangat baik

· Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan

· Tegas dengan pendapat sendiri

· Ada semangat yang tinggi

Info grafologi

Grafologi adalah seni menilai karakter dan keperibadian seseorang menerusi tulisan tangan dan tanda tangan mereka. Ia boleh memberi petunjuk kehidupan seseorang mengenai perniagaan, kehidupan, keluarga dan hubungan, kesetiaan, kejujuran dan semangat serta apa saja.

Ia adalah sesuatu yang saintifik. Tulisan tangan juga dikenali sebagai tulisan otak (brain writing). Otak memberi arahan pada tindakan menulis. Jika berlaku ketidakupayaan yang menyebabkan seseorang tidak dapat menggunakan tangan, individu terbabit masih boleh menulis dengan meletakkan pen pada gigi atau jari kaki. Hakikatnya, otak yang membantu kita menulis, tangan hanyalah medium untuk melaksanakannya.

Ketepatan pakar grafologi menganalisis tulisan dan tanda tangan bergantung pada kepakaran dan bakat pakar terbabit sebagaimana pakar psikologi klinikal. Seseorang ahli grafologi memerlukan tempoh kira-kira lapan tahun untuk benar-benar mahir dalam bidang ini.

Grafologi banyak digunakan dalam pemilihan pekerja di Amerika Syarikat dan Eropah. Mengikut laporan Wall Street Journal terbitan 3 September 1985, 80 peratus syarikat Eropah menggunakan grafologi dalam memilih pekerja. Begitu juga di Amerika Syarikat, syarikat seperti General Electric, International Harvester, US Steel, Firestone Tire Company dan lebih 3,000 syarikat lain menggunakan grafologi untuk pemilihan pekerja mereka.

Tanda tangan juga adalah unsur penting dalam grafologi. Tanda tangan melambangkan nilai dan keperibadian seseorang. Kebanyakan ahli dan pakar grafologi menilai kedua-dua tulisan dan tanda tangan untuk mendapatkan gambaran atau membuat ramalan mengenai diri dan kehidupan seseorang. Memilih antara dua - tanda tangan atau tulisan - ibarat memilih antara bapa dan ibu.

Muslim Jepun impikan sekolah Islam  

Posted by: an-Nisa` in

Islamic Center Jepun memulai sebuah projek besar akhir tahun lalu: membangun sekolah Islam. keperluan ini menurut laman wb rasmi mereka, www.islamcenter.co.jp sudah sangat mendesak. " untuk menjaga anak2 umat Islam dan anak2 warga pendatang Islam di Jepun agar terpenuhi keperluan rohaninya dengan belajar agama," ujar mereka.

sampai saat ini, tidak ada sekolah khusus bagi umat Islam di negeri matahari terbit itu. anak2 Muslim belajar agama hanya di Islamic Center atau masjid2 besar saja. seiring dengan meningkatnya bilangan umat Islam, kapasiti ruang belajar menjadi semakin sempit. menurut mereka, keinginan menubuhkan sekolah Islam sudah lama wujud. seiring meningkatnya bilangan muallaf, mereka mengidamkan adanya tempat pembelajaran Islam dengan menggunakan bahasa ibunda mereka (bahasa Jepun). namun faktor pembiyaan masih menjadi halangan utama. maklum sahaja, harga tanah dan biaya mendirikan bangunan di ibu negara, Tokyo sangat mahal.

namun usaha sungguh2 mereka mulai membuahkan hasil. tepatnya, akhir tahun lalu Islamic Center Jepun berjaya membeli sebidang tanah yang terletak bersebelahan dengan masjid Tokyo. di atas tanah inilah sekolah Islam dicadangkan dibangunkan. Namun, mereka terpaksa menyimpan hasrat murni tersebut. Ini kerana sebaik sahaja urusan pembelian tanah selesai, baki kewangan Islamic Center terus kosong.
" kami sedang menabung lagi untuk mendirikan bangunannya," tulis laman web tersebut. maka tidak ada kata lain dalam laman web tersebut selain, " kami menyeru saudara2 Muslim diseluruh dunia untuk menyokong hasrat murni kami.....

petikan artikel Global majalah Islam, julai 07
www.karangkraf.com

KEMBALIKAN MARUAH MUSLIMAH  

Posted by: an-Nisa` in



Beberapa isu yang timbul yang mengaitkan masyarakat Islam setiap tahun harus diambil iktibar. terutama Isu tudung yang amat menyentuh sensiviti umat Islam. Sedikit sorotan mengenai insiden bertudung yang sememangnya realiti sekarang dan lebih menyakitkan semuanya bermula di sekolah yang merupakan institusi pendidikan teras dalam kehidupan.(apakah muslihat disebalik semua ini??) Isu tudung kepala menimbulkan kontroversi di Perancis terutamanya selepas wujud Badan Perwakilan Islam di Negara itu. Perancis merupakan Negara Eropah yang mempunyai paling ramai penduduk beragama Islam. isu berlanjutan apabila dua beradik beragama Islam disingkirkan dari sekolah Henri Wallon di Aubervilliers September 2003 kerana memakai tudung. Sebenarnya, Perancis telah mencetuskan kotroversi dunia sejak Mac 2003 yang lalu lagi apabila menguatkuasakan undang-undang yang mengharamkan perempuan Islam memakai tudung disekolah awam dan pusat pendidikan.alasan mereka, pakaian seumpama ini adalah simbol agama dan bukan kod etika yang menjadi kewajipan penganut Islam.

Foto wanita bertudung

Lagi masalah muslimah bertudung! Para pemimpin Islam minoriti di Craotia mendesak pihak berkuasa membenarkan muslimah mengenakan tudung dalam gambar kad pengenalan mereka. Pihak berkuasa Craotia pula menegaskan bahawa larang bertudung dalam kad pengenalan pula bertujuan untuk memastikan seseorang mudah dikenali . masyarakat Islam minority cuba membawa isu ini ke parlimen tetapi gagal mendapat sokongan daripada mana-mana parti politik Negara. Walaupun dianggarkan sekitar 50,000 orang Perancis memeluk Islam setiap tahun, tetapi masyarakat Islam mendakwa Perancis menolak keIslaman mereka dan mengaggap Islam sebagai musuh.

Laungan demontrasi

“ Chirac, stasi!...enough is enough!’ ‘ yes to secularisme…no to islamophobia!’ dan “ yes to education and equality” – demikianlah antara slogan yang tertulis pada sepanduk yang dibawa orang ramai dalam perhimpunan besar-besaran ditengah Kota Paris menyatakan protes terhadap rancangan kerajaan untuk mengharamkan pemakaian tudung disekolah. Demontrasi itu mengejutkan banyak pertubuhan Islam di Eropah yang berlangsung lebih kurang 3 jam. Tidak kurang hebatnya di Berlin, debat tudung menjadi hangat dalam masyarakat miniroti Islam di Eropah. Setakat ini, kebanyakan negeri tidak mempunyai perundangan khusus yang memboleh atau mengharamkan orang Islam bertudung disekolah dan tempat awam. Beberapa Negara seperti Denmark atau Greece tidak bermasalah dalam hal ini dan tudung dipakai meluas di Thrace yang mempunyai populasi besar orang islam. Di Negara seperti Sepanyol dan Swizerland pula, kerajaan menyerahkan kepada pihak berkuasa negeri untuk melaksanakan pengharaman ini, termasuk Belgium yang memberikan kuasa kepada guru besar sekolah.

semua ini dan banyak lagi...

Bersyukurlah kejadian seumpama ini tidak berlaku di Malaysia tetapi lain pula yang kedengaran apabila isu menutup aurat atau bertudung ini di timbulkan. Antara reaksi yang lali timbul ialah “ pakaian tidak mencerminkan keperibadian @ hati, pakai seksi tak semestinya jahat,dan lain2 lagi alasan yang x logic akal!!..manusia yang berfikiran waras semestinya dapat memilih yang mana jalan yang lurus dan tepat sebab semuanya adalah berkaitan maruah !...kebanyakan kita teralpa akan kewajipan menjaga maruah. Seronok digoda dan tergoda dengan pandangan yang bersifat maya dan sementara, menyebabkan rasional terpinggir ke tepi. Kerana tidak bijak menjaga diri, jangan salahkan orang lain sebaliknya lihatlah cara kita membawa diri sebagai orang yang mengaku diri beragama Islam.

bingkisan rasa guru muda86

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa!” (Riwayat Ibnu Hibban)

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…(An-Nur:31)

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Tulisan Jawi Dalam Pendidikan  

Posted by: an-Nisa` in

Sejak abad ke 15 dan seterusnya, pengajaran Islam dalam bahasa Melayu dengan mengguna kitab dan buku tulisan jawi diajar di masjid, surau, madarasah, sekolah pondok dan di rumah tok guru di merata tempat di Malaysia dan Indonesia. Pendidikan Islam tradisi ini sangat berpengaruh di kalangan orang Melayu.

Semasa zaman penjajahan Inggeris di Malaysia, Pendidikan Islam (Islamic Studies) tidak diajar di sekolah kerajaan, sama ada di Sekolah Melayu atau di sekolah Inggeris. Tetapi tulisan jawi diguna untuk mengajar membaca dan menulis di Sekolah Melayu Darjah 1 - 6. Kebanyakan murid Muslim belajar agama Islam di sekolah agama di sebelah petang, dengan mengguna buku tulisan jawi.

Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru memaktubkan Agama Islam sebagai agama rasmi negara, dan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Dengan itu Pendidikan Islam diajar sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah. Tetapi skrip tulisan rasmi bahasa Melayu ialah skrip rumi. Tulisan jawi sudah tidak dianggap penting dalam urusan rasmi, termasuk dalam pendidikan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963, (dan dikaji semula 1967), juga mengiktiraf skrip rumi sebagai skrip rasmi.

Masalah Kelemahan Membaca dan Menulis Jawi di Kalangan Murid Sekolah Rendah dan Menengah

Dengan termaktubnya rumi sebagai skrip rasmi bahasa Melayu, maka semua buku teks termasuk buku teks Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah diterbit dalam huruf rumi saja. Tulisan jawi tidak lagi diajar di sekolah kerajaan (1960)

Dengan ini mulalah merosotnya kemahiran murid membaca dan menulis jawi. Bahkan ada di antara pelajar yang tidak belajar di sekolah Agama Islam disebelah petang, mendapati sukar membaca Al-Quran. Hanya di negeri-negeri seperti Johor, Kelantan dan Selangor yang mempunyai sistem ‘sekolah agama’ nya sendiri yang pelajar dapat belajar agama Islam dalam tulisan jawi.

Kemorosotan ini berterusan sehingga awal tahun 1980an. Desakan dari masyarakat Melayu bertambah kuat supaya tulisan jawi diajar semula di sekolah dan tulisan jawi diguna untuk menerbit buku teks.

Dalam tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR ), memasukkan semula tulisan jawi sebagai sebahagian dari Pendidikan Islam untuk murid Tahun 3 – 6, dan diajar 30 minit seminggu. (Sukatan Pelajaran Agama Islam Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan, Malaysia 1982). Kesannya tentulah amat terhad. Desakan makin bertambah apabila gejala kemorosotan pendidikan Islam di kalangan pelajar Islam meningkat dan ramai yang tidak boleh membaca Al-Quran. Resolusi dalam satu Konvensyen tentang tulisan jawi pada 8 – 11 April, 1984 di Terengganu, mendesak kerajaan supaya memasukkan semula tulisan jawi dalam kurikulum sekolah. Murad Mohd Noor, Ketua Pengarah Pelajaran ketika itu (1984) mengisytiharkan bahawa jawi dimasukkan semula dalam kurikulum sekolah, sebagai sebahagian daripada Pendidikan Islam.

Sebagai langkah yang drastik, pada 1986 semua buku teks Pendidikan Islam sekolah rendah diterbitkan dalam tulisan jawi dan tidak lagi dalam tulisan rumi. Mulai tahun 1988 semua buku Pendidikan Islam Tingkatan 1 dan kemudian buku bagi Tingkatan seterusnya, diterbitkan dalam tulisan jawi. Guru agama Islam diarah supaya mengguna tulisan jawi dalam pengajaran mereka.

Perubahan yang mengejut ini mengakibatkan tinggi peratus pelajar Muslim di sekolah rendah dan menengah tidak dapat membaca buku teks jawi, kerana mereka tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi. Pengetahuan Islam mereka terhad, dan minat mereka juga rendah.

Kelemahan murid Muslim dalam membaca dan menulis jawi di peringkat sekolah rendah dan menengah yang dikesan sejak tahun 1980an itu berterusan sehingga ke tahun-tahun 1990an. Di sini diperturunkan beberapa kajian yang relevan.

Kajian tinjauan di kalangan 112 guru Pendidikan Islam Tingkatan 1 di Selangor oleh Sarin bin Talib dalam tahun 1995 mendapati 75 % guru menyatakan separuh daripada pelajar mereka tidak boleh membaca buku teks Jawi Pendidikan Islam; 65-68% menyatakan pelajar mereka tidak boleh membaca Quran dan Hadith.

Kajian Isahak Haron dan Hasan Basri (1995) tentang prestasi Jawi pelajar Tingkatan 2 dan 4 di beberapa buah sekolah di Selangor dan Pahang mendapati lebih 65% tidak boleh menulis Jawi, dan lebih 45% yang tidak boleh membaca teks Jawi. Tidak ada usaha dan kaedah ‘pengajaran pemulihan jawi’ dijalankan di sekolah.

Kesan kelemahan membaca dan menulis Jawi di sekolah rendah dan menengah ialah murid tidak dapat membaca buku teks Pendidikan Islam yang ditulis dalam huruf Jawi dan ini mengurangkan keupayaan mereka memahami kandungan Pendidikan Islam; dan Pendidikan Islam itu kurang bermakna kepada mereka.

J –QAF

Usaha untuk memperbaiki kelemahan Jawi ini dibuat dari semasa ke semasa, termasuk pengajaran pemulihan Jawi oleh guru di sesetengah sekolah. Kelemahan ini dipandang serius oleh kerajaan kerana ia akan menjejaskan pendidikan dan penghayatan Islam di kalangan generasi muda. Pada 2004 Kementerian Pelajaran telah memutuskan untuk mengadakan program khas, yang dinamakan J-QAF bagi mengukuhkan pengajaran - pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah.

Program ini bertujuan supaya pada akhir enam tahun persekolahan rendah, semua murid menguasai hal-hal berikut:

J – Jawi, boleh membaca dan menulis Jawi dengan baik;

Q – Qatam Quran: boleh membaca dan qatam Quran

A – boleh membaca dan menulis bahasa Arab peringkat asas;

F – mengetahui dan mengamalkan Fardu ain.

Program J-QAF ini bermula pada tahun 2006, tetapi projek perintisnya bermula pada tahun 2005 di beberapa buah sekolah rendah. Pengajaran Jawi merupakan komponen penting dalam program pengukuhan Pendidikan Islam ini. Objektif pengajaran-pembelajaran Jawi ialah supaya semua murid dapat membaca dan menulis skrip Jawi dengan baik sebelum tamat Tahun 6 sekolah rendah. Ini akan membolehkan mereka membaca buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan jawi dan menulis jawapan dalam tulisan Jawi. Tahap 1 (Tahun 1 – 3) merupakan waktu penting untuk memberi asas membaca dan menulis jawi kepada murid. Dua waktu (60 minit) seminggu diperuntukkan untuk belajar jawi.