
kesalahan wanita:-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah
memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi
ber`T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi
baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi
bajunya sendat, sempit dan nipis lalu
memaparkan bentuk kawasan-kawasan
mudah `menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi
amat longgar dan menayangkan jambul
dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi
hanya memakainya di pejabat sahaja.
Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan
sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi
tudungnya dilempar ke belakang leher,
maka terdedahlah dadanya dari ditutupi
kain tudung.
Firman Allah s.wt :
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
al-Ahzab:59
: :pesan pada DIRI tabahkan hati kuatkan semangat, pesan pada HATI kukuhkan IMAN banyakkan ZIKRULLAH, pesan pada NALURI jangan mengeluh & kecewa, tiada daya & rezeki melainkan dari ALLAH: :
- Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
- Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
- Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
- Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
- Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
- Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
- Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
- Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
- Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
- Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
- Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
- Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
- Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
- Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
- Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
- Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
- Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
- Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
- Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin- rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
- Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
- Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
- Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
- Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
- Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
- Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
- Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
- Senjata wanita adalah airmata!!
- Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
- Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailaa..
--saujana--

Seseorang wanita itu apabila di yaumal akhirat akan menarik 4 golongan lelaki ke dalam neraka…Na’uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama serta berwaspada dengan tanggungjawab yang dipikul…
PERTAMA- AYAHNYA
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia, dengan tidak memberi keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya…
KEDUA- SUAMINYA
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, menghias diri bukan untuk pandangan suami bahkan untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila lelaki mendiamkan diri walaupun dia seorang yang alim etc solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal. Namun dia tetap akan ditarik oleh isterinya.
KETIGA- ABANG-ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada tanggungjawab menjaga wanita telah jatuh ke pundak abang-abangnya jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran islam…tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
KEEMPAT-ANAK LELAKINYA
Apabila anak tidak menasihati ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.Nantikan tarikan ibunya…
Maka kita lihat disini betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah tarikannya di akhirat juga begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah,suami,abang atau anak sekalipun haruslah berusaha memainkan peranan yang dipertanggungjawabkan olehNya dengan yang sebenar…
Firman Allah S.W.T :
“HAI ANAK ADAM PELIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN BAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU-BATA…”
Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
KELIMA.
APabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.
KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa2
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1) Rasa hormat pada diri sendiri;
2) Rasa hormat kepada orang lain;
3) Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar
KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU

Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...
Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...
Seorang gadis itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...
Seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...
Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.
Seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...
Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...
Seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!
Seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...
Seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI

Belajar di Jordan yang temasuk dalam bumi Syam yang diberkati merupakan satu peluang keemasan bagi kaum muslimin dan muslimat kerana ianya pernah menjadi medan perjuangan para anbiya' terdahulu. Terdapat beberapa bahagian atau mantiqah di Jordan yang menempatkan pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di sini, antaranya Mafraq, Mu'tah, Armman dan juga Irbid.
Irbid merupakan mantiqah yang paling unik kerana ia menghimpunkan pelajar Malaysia dalam dua aliran yang berbeza iaitu pengajian Islam dan perubatan. Belajar di universiti yang berbeza; Universiti Yarmouk bagi pengajian Islam dan Jordan University of Science and Technology (JUST) bagi perubatan, tetapi dalam satu mantiqah yang sama.
Baik pelajar perubatan mahupun pengajian Islam, sistem yang diguna pakai di sini adalah serupa. Dalam setahun ada 3 semester, semester pertama (September-Januari), semester kedua (Februari-Mei) dan semester musim panas (Jun-Ogos) atau dikenali sebagai short sem di Malaysia. Bezanya di Yarmouk, Summer Semester ini adalah optional, manakala ianya wajib bagi pelajar JUST.
So kebanyakan student yarmouk kalau tidak mengambil summer semester mereka akan bercuti panjang di Malaysia, kira-kira 3 bulan. Di sini digunakan sistem jam kredit seperti yang diamalkan di Malaysia dan pelajar bebas memilih subjek untuk dipelajari dalam satu-satu semester.
Kebiasaannya jadual pada hari Ahad, Selasa dan Khamis adalah sama begitu juga dengan Isnin dan Rabu. Tetapi pada Summer Semester, setiap hari merupakan jadual yang sama. Opss lupa pula, di bumi Arab, weekend adalah hari Jumaat dan Sabtu, berlainan dengan negara-negara lain yang kebanyakannya bercuti pada hari Sabtu dan Ahad. Life di Jordan ini tidaklah susah seperti rakan-rakan kita di negara-negara lain memandangkan Jordan merupakan sebuah negara Islam.
Tiada masalah yang timbul dalam soal mencari makanan. Makanan di sini insya Allah ditanggung halal dan masakan Arab memang sangat menggiurkan. Lebih merisaukan apa yang ada di Malaysia dengan isu-isu terkini berkaitan dengan kualiti halal di Malaysia. Dari segi penempatan pula, bagi pelajar di Yarmouk, mereka hanya perlu berjalan kaki selama lebih kurang 10 minit untuk samapi ke dewan kuliah manakala bagi pelajar just pula mereka perlu menaiki bas untuk ke dewan kuliah. Ini kerana JUST terletak agak jauh ke padang pasir berlainan dengan Yarmouk yang memang terletak betul-betul di pusat bandar Irbid. Irbid merupakan bandar kedua terbesar di Jordan selepas ibu negara Amman.
Tetapi janganlah pula membezakan Irbid dengan Johor Bahru, jauh panggang dari api. Jordan tidaklah semaju Malaysia namun cukuplah bagi kita pelajar untuk mencari keperluan harian. Di sini pelajar Malaysia bernaung di bawah PZ iaitu persatuan zon yang berada di bawah Malaysian Student Department. PZ ditubuhkan di setiap mantiqah yang menempatkan pelajar Malaysia di Jordan. Oleh itu usahlah risau dengan kehidupan berpersatuan kerana di sini insyA Allah semuanya ada.
Cuaca di sini ialah empat musim. Menyeronokkan bagi sesiapa yang belum pernah keluar dari Malaysia. Tetapi di sini musim yang paling ketara ialah musim panas dan musim sejuk sahaja. Musim luruh dan bunga tidaklah begitu ketara sepertimana di UK atau Jepun. Musim sejuk disini memang sejuk dan menyakitkan bagi sesiapa yang tidak memakai baju sejuk kerana struktur muka bumi Jordan ialah gurun. Angin sejuk gurun adaah lebih merbahaya berbanding angin sejuk di tempat lain.
Berkenaan baju sejuk, tidak perlulah risau kerana di sini banyak baju sejuk dijual dengan harga yang sungguh berpatutan. Kos hidup di bumi jordan ini tidaklah begitu mahal (mahal juga sebenarnya), lebih kurang Jordanian Dinar 100-150 secara purata. Kalau ditukarkan ke RM, lebih kurang RM 500-750 sebulan.
Masyarakat Arab di sini rata-rata menghormati dan menerima dengan baik pelajar Malaysia di sini. Rata-rata mereka mengatakan orang Malaysia sangat mengambil berat tentang cara hidup Islam dan mereka memandang tinggi kepada kita. Tetapi ada juga yang memandang pelik dan sinis terhapap orang luar. Ianya tidak patut menjadi masalah kerana di mana-mana begitu. Kita belajar di negara orang bukan negara sendiri. Di mana-mana akan ada orang baik dan orang jahat, hatta di negara Arab sekalipun dan ianya menjadi cabaran kepada pelajar-pelajar di dini.
Tetapi doktor dan pensyarah sangat menghormati pelajar Malaysia kerana adab sopan dan prestasi yang agak memberangsangkan. Jadi untuk sesiapa yang akan melanjutkan pelajaran di sini, ianya satu pengalaman dan peluang yang sangat berharga dan tidak dilupa banyak cabaran yang akan dilalui sepanjang hidup di negara Arab yang memang berlainan budaya dan cara hidup dengan kita.
p/s..ya Allah semoga suatu hari nnti aku dapat menjejakkan kaki ku ke sana..amiin..


