: :pesan pada DIRI tabahkan hati kuatkan semangat, pesan pada HATI kukuhkan IMAN banyakkan ZIKRULLAH, pesan pada NALURI jangan mengeluh & kecewa, tiada daya & rezeki melainkan dari ALLAH: :

the KELANTAN encyclopedia  

Posted by: an-Nisa` in

Enjoy our language...hehe..satu malaysia...MySpace

:: A is for Akok ::

referring to a type of popular traditional delicacy eapecially in the East Coast (Kelantan and Terengganu). kuih akok is usually in oval shape and wrinkly with a sweet taste. akok is brownish in clour and the more white egg used, the more wrinkly (but tasty) it will be.

:: B is for Beledo ::

a sweet soft solid food (jelly) made of liquid set with gelatin and shakes when moved. there are various flavour and colour mostly red, yellow, green, pink, etc.

:: C is for Colek ::

mixfruit salad or seafood salad is very popular at the East Coast beach. it is eaten by dipping the fruits or fried seafood into a special sauce (different sauce for different kind of colek). during fasting month, its famous supper dish.

:: D is for Dekcok ::

a traditional game known as hopscoatch (teng-teng)

:: E is for Eppek ::
to squeeze or go near something

:: F is for Fadhilat ::
mosthly in doing good things, there must be a reward / benefit for every kindness done.

:: G is for Gok ::

a chicken hut or a small shed for hens, ducks, etc.

:: H is for Hungga ::
RUN or move with quick steps and with always at least one foot of the ground.

:: I is for Imsak ::
it is the time between sahur (meal before fasting) and fajr (dwan) prayer.

:: J is for Jabit ::

raisin or a small dried sweet grape used in cakes, cooking, etc.

:: K is for Kurma ::

becomes popular dessert among muslims during ramadhan as they follow the practice (sunnah) Rasulullah s.a.w.

:: L is for Lembek ::

a mattress, a strong cloth case filled with soft or firm material and used for sleeping on. Lembek here is pronounced 'lamb-back ' not to be mistaken with the word 'lembik' (squashy, mushy)

:: M is for Mechok ::
an action that shows one`s strong disapproval or disagreement about something while sulking and protest.

:: N is for Nnise ::

a product from coconut trees (Coconut palm sugar)

:: O is for OK aloh ::
ALAHAI or a word caused by something happening suddenly or unexpectedly.

:: P is for Pleting ::

A straw ...also used for making mats, hats and other traditional items / craft.

:: Q is for Qiyammulail ::
Middle of the night prayer. encouraged during the holy month of ramadhan.

:: R is for Roba ::

an eraser for removing pencil marks.

:: S is for Sahur ::
meal taken before the time for fajr prayer.

:: T is for Terawih ::

night prayer during the month of ramadhan

:: U is for Ulama`::
pious people thah is recognized has having specialized knowledge of islamic sacred law and teology.

:: V is for Veteren ::
people with lot of experience, especially as a soldier or member of armed forces.

:: W is for Witir ::
a special prayer as a symbol of the end of each day`s prayers.

:: X is for X-Trail ::


:: Y is for Yakni ::
"which means ...."

:: Z is for Zakat ::
2.5% of personal wealth which is already due to be set apart as an offering to the defined group of people.

~sumber: QIADAH.

1 Syawal 1430H  

Posted by: an-Nisa` in




1 syawal dirai tanda kemenangan setelah sebulan berpuasa. alhamdulillah kali ni dapat lagi kami sekeluarga berkumpul, dan yg paling best dapat gak duit raya dr mak n abah...hehe..
rasanya tahun depan kalau ana dah keje mesti adik2 plak mintak duit raya..alahai...
ana kongsikan gambar kenangan di pagi 1 Syawal 1430H.


:: Juadah di pagi raya ::


:: Danial tersenyum gembira ::

....walaupun danial baru 7tahun (darjah 1) tapi puasa penuh tau...bagus betul adik akak ni..insyaAllah kelak berjaya...


:: solat sunat aidilfitri kat Qaryah Ramadhan ::


:: akhirnya bergambar bersama.....kenangan terindah ::

kepulangan & Lebaran  

Posted by: an-Nisa` in

"anak muda dirantauan
semuanya pulang ke desa
ibu & ayah keriangan
bersyukur tak terkira"

Lagu raya dh mula kedengaran, Rindu plak kat umah, xsabarnya nk blk kg jupe mak n abah....tiket dh beli awal2 lg...tggu kepulanganku 16/9 ni...nak berbuka pose kat umah, smpat la pose 2 3 hari kat umah nnti..mak masak sedap2 tau...hehe..acik jgn jeles akak balik umah dulu nge abe anas, msti mak masak sedap2 blako (ayat nk wt acik jeles hehe)...

teringat plak kat biskut raya, smpat x nk wt...., biasanya wat kek coklat jer, malam raya pun smpat wat...


~Kek Coklat~

ni la rupenya kek coklat yg penah wt tp yg ni wt special utk walimah sahabatku.


~Short Bread~

ni antara biskut raya tersedap penah mkn selain tart nenas kesukaanku...



~Tart Nenas~

tp skrg mcm2 biskut dh ada kat pasaran...bg ana la, biasanya biskut xlayan sgt dh..klu kacang2 or kerepek lg sedap hehe..tul x?? tepuk dada tanya selera.

- - > Pengurusan Ko-kurikulum Sekolah <- --  

Posted by: an-Nisa` in

Salah satu subjek wajib utk final year sem 1. subjek ni pelajar PQ thn 4 & PI thn3 yg amik, so ramai gak la.kami dipecahkan kepada 5 kumpulan utama yang setiap satu terdiri lebih kurang 46 ahli. tugasan kumpulan berikut menganjurkan :

1)badminton
2)bola jaring
3)bola sepak
4)persembahan
5)sukaneka & jamuan hari raya

maka bermula la episod perjuangan...setiap kumpulan kena anjurkan pertandingan tersebut lengkap bermula pendaftaran hgga majlis penutup dan penyampaian hadiah.
ana termasuk dalam kumpulan yang kena anjurkan pertandingan badminton.


~suasana dewan besar kolej kris mas UKM~


:: kejohanan Badminton ::
Diadakan pada 15 ogos 09, bertemakan "badminton menjana minda pendidik". ana memegang ajk jamuan, alhamdulillah pada hari itu pertandingan berjalan lancar.kami penganjur so xleh la men...xpe kita jupe di padang pavilion....



~Ahli kump 1 (badminton) bergambar kenangan bersama Dr Izham~


:: Kejohanan bola jaring & bola sepak ::
bertempat di padang pavilion Ukm, 16ogos menyaksikan kami berkumpul sekali lagi untuk meneruskan perjuangan. pada hari ni kumpulan kami mengondol juara kedua2 permainan (balas balik coz xleh men badminton)iaitu juara bola sepak dan bola jaring. alhamdulillah...it`s ok, it`s alright, badminton fight3!!!!! cewahh..



~with k.Dayah~






~pas bermain..bergambar kenangan~






~kami juara padang~


:: Festival Kesenian Islam (FEKIS) ::
berlangsung dengan meriah pada 5/9/09 di Dewan Anuar Mahmud. setiap kumpulan diwajibkan membuat 2 persembahan. pentomen sebagai persembahan wajib manakala "sunat" memilih samada nasyid, seloka, dikir barat, sajak.
festival ini dianjurkan oleh kumpulan persembahan. alhamdulillah kumpulan kami menyandang naib juara dengan persembahan pentomen dan Dekon (deklamasi sajak lakonan).






~Dekon~


sukaneka dan jamuan hari raya akan dianjurkan pas raya nnti...x sabarnya..hik3

::Seminar Dinar Emas::  

Posted by: an-Nisa` in





pada 27 ogos 2009, ana telah mengikuti "seminar antarabangsa penjanaan ekonomi melalui transaksi wang dinar" yang telah diadakan di ILIM.
kita soroti sedikit sejarah penggunaan dinar emas....
--------> sejak kerajaan Umawi, mata wang dinar telah mengalami remformasi baru dan ia mempunyai berat standard, iaitu 4.25 gram. semenjak itu, ekonomi umat Islam berkembang dan mencapai kemajuan. Tradisi penggunaan matawang ini diteruskan oleh kerajaan `Ababassi,Mamluki, Andalusi serta `Uthmani, dan ia berjaya menyaingi beberapa matawang emas Eropah. malangnya, sejarah moden telah menyaksikan bahawa wang fiat (kertas) akhirnya berjaya menyingkirkan wang dinar apabila ekonomi negara-negara Islam mulai lemah. keadaan bertambah parah dengan keadaan ekonomi dunia kini yang tidak menentu. wang fiat pada masa ini juga didapati tidak kompetitif untuk menghadapi kemelut dan krisis ekonomi global semasa. ini adalah kerana ia terdapat unsur-unsur manipulasi dan pengaruh tidak wajar dalam sistem kewangan tersebut<----------

kerajaan kelantan memulakan langkah pertama apabila telah menggunakan dinar emas kelantan sebagai simpanan nilai walaupun ia tidak dipersetujui mana-mana pihak termasuk kerajaan pusat. namun kini kerajaan telah "celik" dan sedar akan penggunaan dinar emas sebagai simpanan yang tidak susut nilainya. ini menunjukkan apa yang diamalkan kerajaan kelantan ternyata membawa kebaikan.

diantara kegunaan dinar emas sekarang ialah:
1- boleh disimpan sebagai pelaburan dan simpanan.
2- boleh digunakan untuk membayar zakat.
3- boleh digunakan sebagai mas kahwin.
4- boleh diberikan sebagai hadiah/cenderamata.
5- boleh digunakan sebagai aktiviti jual beli.

emmmm...ana nnti pun ingat nak guna dinar emas sebagai mas kawen la...xsusut nilai (n.n)....hehehe..


::Permulaan Baru::  

Posted by: an-Nisa` in



Alhamdulillah, hari ini genap usia ana yg ke 23..."selamat hari lahir" seolah-olah hari menandakan "selamat pendek umur":semakin hari semakin dekat langkah kita menuju ketetapan Ilahi iaitu kematian.

hari lahir mmg kegembiraan tetapi jgn lupa, kebanyakan hari/bulan kelahiran juga boleh menjadi hari "pergi"...hatta Junjungan kita juga kembali pada bulan kelahirannya.namun ana memohon kepada Allah smoga memanjangkan usia supaya ana dapat beramal ibadat dan berbakti kepada mak n abah tersayang.

dalam ramadhan kareem ini, ana memohon
=ketetapan hati agar tetap diatas jalanNya
=hidayah menuju kebahgiaan fiddunya wal akhirah
=dapat menyiapkan tesis dengan sempurna
=menamatkan degree dengan cemerlang
=menjadi guru yang kuat dlm mendidik anak bangsa (5mim)

sekian, doakan ana yer...slamat berpuasa (n.n)




::adik2 ku, Anas kat UIA, Anis kat IPTAA, ain, asyraf (UPSR) n danial ...rindu sgt...nnti raya kita jupe::

Jangkitan Influenza A(H1N1) Di Sekolah Atau Institusi  

Posted by: an-Nisa` in



Situasi semasa Influenza A(H1N1)

(Setakat 3 Ogos 2009, jam 8.00 pagi)


Kes - Kes Baru: 17
Kes - Kes Import: 0
Kes Jangkitan Tempatan: 17
Kes Kematian: 1

Jumlah Kes di Malaysia: 1,446 termasuk 7 kematian.



Panduan Jangkitan Influenza A(H1N1) Di Sekolah Atau Institusi


1.Saya belajar di salah sebuah institusi/ sekolah yang mempunyai kejadian influenza A(H1N1), apakah yang perlu saya lakukan?


Sekiranya institusi/sekolah anda DITUTUP untuk tempoh tertentu, anda hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebut

Jika anda mempunyai gejala selesema (influenza-like-illness) yang ringan, anda perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah. Sekiranya gejala berterusan dan bertambah teruk, anda perlu mendapatkan rawatan doktor.

Sekiranya institusi/sekolah anda TIDAK DITUTUP, anda dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut


2. Apakah yang dimaksudkan dengan penutupan sekolah/ institusi?


Apabila sesebuah sekolah/institusi ditutup kerana jangkitan influenza A(H1N1), ia bermakna semua pelajar termasuk guru dan lain-lain kakitangan sokongan dikehendaki untuk berada di rumah.

Ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan infuenza A(H1N1) dan seterusnya memastikan individu yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya orang lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.


3. Adakah sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula?


Tidak. Pada umumnya sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu. Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.


4. Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke sekolah seperti biasa?


Ya, beliau boleh hadir ke sekolah seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.




Influenza A(H1N1) :
Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah


Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut:

1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
3. Sakit dada berterusan
4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
7. Rasa pening apabila berdiri
8. Kurang kencing

maklumat lanjut...layari http://h1n1.moh.gov.my/index.php