: :pesan pada DIRI tabahkan hati kuatkan semangat, pesan pada HATI kukuhkan IMAN banyakkan ZIKRULLAH, pesan pada NALURI jangan mengeluh & kecewa, tiada daya & rezeki melainkan dari ALLAH: :

sampaikan pesanku....  

Posted by: an-Nisa` in






Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

Rahsia tandatangan.....  

Posted by: an-Nisa` in

Kenali sidia menerusi tandatangan

Karisma, rahsia individu tersimpan dalam bentuk tulisan

BANYAK cara sebenarnya untuk `membaca’ seseorang. Baikkah dia, jujurkah dia atau sebenarnya dia seorang yang tidak boleh dipercayai, tidak jujur, tidak ikhlas juga penipu.

Berkawan dan mengenali untuk mendapatkan semua maklumat ini adalah cara terbaik tapi ada ketikanya ia akan membuang masa, tenaga dan lebih malang, harta-benda, jiwa dan raga bila akhirnya insan yang dikenali ini hanya indah rupa...hendak pula bila bercinta.

Ketika itu, segala-galanya sudah tidak bermakna, air mata membazir sia-sia. Inilah yang dikatakan sesal kemudian tidak berguna.

Justeru, ramai yang mencuba-cuba `mengorek’ rahsia insan yang baru dikenali menerusi tulisan juga tanda tangan. Bukan suatu yang mudah tetapi tidak salah mencuba bukan?

Tetapi benarkah tulisan dan tanda tangan mampu merungkai rahsia? Benarkah tulisan dan tanda tangan boleh menceritakan sifat sebenar tuan punya badan?

Menurut pakar psikologi dan grafologi (pakar anilisis tulisan), tanda tangan mempunyai pelbagai makna. Ia melambangkan identiti dan membawa nilai tertentu. Tanda tangan mampu menampakkan maksud ego dan perjalanan hidup seseorang.

Tanda tangan yang terputus-putus membawa erti perjalanan hidup pemiliknya tidak lancar kerana tidak mempunyai perancangan awal yang matang.
Jika tanda tangan melingkar bermakna pemiliknya suka mengeluh dan sering memikirkan kesusahan berbanding kesenangan.

Tanda tangan yang kecil pula menunjukkan orang itu banyak berahsia. Urusan dengan orang sebegini sentiasa sukar diselesaikan. Selok-belok pada tanda tangan menunjukkan hidup si empunya diri menjadi perhatian orang atau boleh juga diibaratkan sebagai gangguan luar. Boleh jadi juga orang ini suka memanipulasi diri, mengada-ngada atau suka berbohong.

Ramai juga yang melakar garisan di bawah tanda tangan. Garisan ini sebenarnya mempunyai erti. Kalau garis itu kena pada bawah tanda tangan, orangnya suka bergantung dengan orang lain. Coretan garis itu juga sepatutnya lurus. Jika hujungnya ke bawah, ketika tua nanti hidupnya susah. Lebih teruk lagi jika hujungnya berkait, hidupnya di kelilingi hutang.

Merujuk pada buku tulisan pakar grafologi, Dr Margaret Gullan-Whur berjudul What Your Handwriting Reveals, beberapa aspek harus dilihat dalam menganalisis tanda tangan iaitu maksud tanda tangan, penempatan, ukuran, keseimbangan, pembetulan, kejelasan dan unsur tambahannya.

Jelas beliau dalam bukunya itu, umumnya tanda tangan direka oleh seseorang bagi menampilkan ciri keperibadiannya. Mereka yang memiliki dua bentuk tanda tangan yang hampir serupa pula berkemungkinan memiliki dua identiti.

Jika tanda tangan diletakkan tepat di atas garis yang disediakan, ia menggambarkan rasa hormat terhadap diri sendiri dan juga pihak berkuasa. Jika ia agak di atas sedikit daripada garisan, ia menandakan kegembiraan berkaitan dengan dokumen yang ditandatangani itu dan jika di bawah garisan pula ia menunjukkan kemurungan.

Tanda tangan yang menaik menampilkan rasa percaya diri yang tinggi dan sebaliknya jika ia menurun.

Tanda tangan yang cenderung ke kiri dari tempat tersedia menunjukkan rasa takut (pada orang lain atau kegagalan) manakala ke kanan pula bermaksud kurang perhatian.

Tanda tangan lebih kecil daripada teks tulisan mengungkapkan keinginan untuk menyendiri sebaliknya tanda tangan besar memberi maksud ingin menonjolkan diri. Bila hurufnya besar dan rapat, ia melambangkan kesombongan manakala pendapat lain menyebutkan tanda tangan kecil, mampat dan pendek menunjukkan rasa rendah diri.

Ada juga yang bukan sekadar meletakkan nama sendiri pada tanda tangan. Nama keluarga juga dilakar bersama. Jika nama keluarga lebih rendah daripada nama depan ia menunjukkan sifat murung pada pemiliknya.

Bagaimana tanda tangan anda sekarang? Dengan segala penjelasan di atas mungkin ada yang sudah mula mencongak untuk mengubah tanda tangan. Kalau dulu tanda tangan menurun, mungkin sudah ada yang cuba-cuba mencipta tanda tangan baru yang menaik.

Apapun, tiada siapa mengajar kita merancang atau memilih tanda tangan. Kanak-kanak yang sudah mengenali huruf, sudah pandai membaca juga pandai mencipta tanda tangan mengikut kreativiti mereka.

Tanda tangan ketika kecil tidak akan kekal biasanya. Keraguan mencipta tanda tangan akan berlaku ketika remaja dan seterusnya apabila meningkat dewasa. Biasanya, tanda tangan yang tercipta kala dewasa ini akan kekal, apatah lagi jika tanda tangan ini sudah digunakan untuk pelbagai urusan seperti perbankan.

Mungkin ini juga petanda kita sudah mencapai tahap kematangan. Tahu apa yang nampak menarik mungkin juga unik sesuai dengan usia dan kehidupan.

Bagaimanapun, Prof Dr John Nimpoeno, pakar psikologi dan grafologi dari Kampus Pasca Sarjana Universitas Parahyangan, Bandung, Indonesia berpendapat sebaliknya.

"Memang dalam tanda tangan ada unsur yang menunjuk sifat atau karakter seseorang, tapi tidak selengkap grafologi (tulisan tangan). Tulisan tangan mampu menunjukkan keadaan yang berlaku pada pemiliknya tetapi tidak tanda tangan kerana unsurnya tidak lengkap.

“Ada berpuluh indikator pada grafologi sedangkan tanda tangan hanya sebahagian daripadanya,” katanya.

Berdasarkan grafologi, gerakan menulis jelas ada hubungannya dengan keadaan psikologi seseorang. Pemikiran dan emosi walau sesaat sekalipun mampu dibaca pada tulisan tangan dan kerana itu, tulisan tangan mampu mencerminkan keperibadian seseorang.

Kata Dr John Nimpoeno lagi, tanda tangan muncul hasil daripada gerakan automatik dan kerana itu ia tidak dapat menceritakan sepenuhnya keperibadian seseorang. Tanda tangan diramal? Itu cuma cerita rakyat, katanya.

Anda bagaimana? Apa pandangan anda? Mampukah tanda tangan membantu anda mengenali keperibadian seseorang? Bak kata Pakar Grafologi dari Pusat Grafologi Anna Koren, Anna Koren, sekalipun tanda tangan boleh dianalisis, penilaiannya lebih mengikut gerak hati.

Oleh itu, bila mengenali seseorang, dengarlah kata hati anda...

Makna tersirat di sebalik tanda tangan:

1. Satu garisan di bawah tanda tangan

· Seorang yang sangat yakin

· Ada personaliti yang hebat

· Agak mementingkan diri sendiri

· Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu

2. Dua titik di bawah tanda tangan

· Anda romantik

· Mudah bertukar pasangan macam tukar baju

· Memilih kecantikan (bagi lelaki)

· Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)

· Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping

3. Satu titik di bawah tanda tangan

· Anda kelihatan mudah dan tenang

· Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati

4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan

· Seronok dengan kehidupan

· Ikut gaya dan cara sendiri

· Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain

5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama

· Anda sentiasa berusaha supaya smart

· Suka berselindung

· Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup

· Yakin dengan kebolehan diri sendiri

6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak

· Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir

· Anda cepat menukar pandangan dan idea

7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung

· Seorang yang sangat prihatin

· Tidak pentingkan diri sendiri

· Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain

· Seorang pemikir

· Seorang yang mudah serik

8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas

· Seorang yang sangat baik

· Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan

· Tegas dengan pendapat sendiri

· Ada semangat yang tinggi

Info grafologi

Grafologi adalah seni menilai karakter dan keperibadian seseorang menerusi tulisan tangan dan tanda tangan mereka. Ia boleh memberi petunjuk kehidupan seseorang mengenai perniagaan, kehidupan, keluarga dan hubungan, kesetiaan, kejujuran dan semangat serta apa saja.

Ia adalah sesuatu yang saintifik. Tulisan tangan juga dikenali sebagai tulisan otak (brain writing). Otak memberi arahan pada tindakan menulis. Jika berlaku ketidakupayaan yang menyebabkan seseorang tidak dapat menggunakan tangan, individu terbabit masih boleh menulis dengan meletakkan pen pada gigi atau jari kaki. Hakikatnya, otak yang membantu kita menulis, tangan hanyalah medium untuk melaksanakannya.

Ketepatan pakar grafologi menganalisis tulisan dan tanda tangan bergantung pada kepakaran dan bakat pakar terbabit sebagaimana pakar psikologi klinikal. Seseorang ahli grafologi memerlukan tempoh kira-kira lapan tahun untuk benar-benar mahir dalam bidang ini.

Grafologi banyak digunakan dalam pemilihan pekerja di Amerika Syarikat dan Eropah. Mengikut laporan Wall Street Journal terbitan 3 September 1985, 80 peratus syarikat Eropah menggunakan grafologi dalam memilih pekerja. Begitu juga di Amerika Syarikat, syarikat seperti General Electric, International Harvester, US Steel, Firestone Tire Company dan lebih 3,000 syarikat lain menggunakan grafologi untuk pemilihan pekerja mereka.

Tanda tangan juga adalah unsur penting dalam grafologi. Tanda tangan melambangkan nilai dan keperibadian seseorang. Kebanyakan ahli dan pakar grafologi menilai kedua-dua tulisan dan tanda tangan untuk mendapatkan gambaran atau membuat ramalan mengenai diri dan kehidupan seseorang. Memilih antara dua - tanda tangan atau tulisan - ibarat memilih antara bapa dan ibu.

This one`s for the ladies =)  

Posted by: an-Nisa` in

Assalamualaikum!

This one's for the ladies.........

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang
yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan
menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang
lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan
tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap
keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya
dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang
baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya
dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu-ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus
miliknya untuk digunakan ketika ia diperlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk
yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat
dimana cinta itu ada."

Muslim Jepun impikan sekolah Islam  

Posted by: an-Nisa` in

Islamic Center Jepun memulai sebuah projek besar akhir tahun lalu: membangun sekolah Islam. keperluan ini menurut laman wb rasmi mereka, www.islamcenter.co.jp sudah sangat mendesak. " untuk menjaga anak2 umat Islam dan anak2 warga pendatang Islam di Jepun agar terpenuhi keperluan rohaninya dengan belajar agama," ujar mereka.

sampai saat ini, tidak ada sekolah khusus bagi umat Islam di negeri matahari terbit itu. anak2 Muslim belajar agama hanya di Islamic Center atau masjid2 besar saja. seiring dengan meningkatnya bilangan umat Islam, kapasiti ruang belajar menjadi semakin sempit. menurut mereka, keinginan menubuhkan sekolah Islam sudah lama wujud. seiring meningkatnya bilangan muallaf, mereka mengidamkan adanya tempat pembelajaran Islam dengan menggunakan bahasa ibunda mereka (bahasa Jepun). namun faktor pembiyaan masih menjadi halangan utama. maklum sahaja, harga tanah dan biaya mendirikan bangunan di ibu negara, Tokyo sangat mahal.

namun usaha sungguh2 mereka mulai membuahkan hasil. tepatnya, akhir tahun lalu Islamic Center Jepun berjaya membeli sebidang tanah yang terletak bersebelahan dengan masjid Tokyo. di atas tanah inilah sekolah Islam dicadangkan dibangunkan. Namun, mereka terpaksa menyimpan hasrat murni tersebut. Ini kerana sebaik sahaja urusan pembelian tanah selesai, baki kewangan Islamic Center terus kosong.
" kami sedang menabung lagi untuk mendirikan bangunannya," tulis laman web tersebut. maka tidak ada kata lain dalam laman web tersebut selain, " kami menyeru saudara2 Muslim diseluruh dunia untuk menyokong hasrat murni kami.....

petikan artikel Global majalah Islam, julai 07
www.karangkraf.com

KEMBALIKAN MARUAH MUSLIMAH  

Posted by: an-Nisa` in



Beberapa isu yang timbul yang mengaitkan masyarakat Islam setiap tahun harus diambil iktibar. terutama Isu tudung yang amat menyentuh sensiviti umat Islam. Sedikit sorotan mengenai insiden bertudung yang sememangnya realiti sekarang dan lebih menyakitkan semuanya bermula di sekolah yang merupakan institusi pendidikan teras dalam kehidupan.(apakah muslihat disebalik semua ini??) Isu tudung kepala menimbulkan kontroversi di Perancis terutamanya selepas wujud Badan Perwakilan Islam di Negara itu. Perancis merupakan Negara Eropah yang mempunyai paling ramai penduduk beragama Islam. isu berlanjutan apabila dua beradik beragama Islam disingkirkan dari sekolah Henri Wallon di Aubervilliers September 2003 kerana memakai tudung. Sebenarnya, Perancis telah mencetuskan kotroversi dunia sejak Mac 2003 yang lalu lagi apabila menguatkuasakan undang-undang yang mengharamkan perempuan Islam memakai tudung disekolah awam dan pusat pendidikan.alasan mereka, pakaian seumpama ini adalah simbol agama dan bukan kod etika yang menjadi kewajipan penganut Islam.

Foto wanita bertudung

Lagi masalah muslimah bertudung! Para pemimpin Islam minoriti di Craotia mendesak pihak berkuasa membenarkan muslimah mengenakan tudung dalam gambar kad pengenalan mereka. Pihak berkuasa Craotia pula menegaskan bahawa larang bertudung dalam kad pengenalan pula bertujuan untuk memastikan seseorang mudah dikenali . masyarakat Islam minority cuba membawa isu ini ke parlimen tetapi gagal mendapat sokongan daripada mana-mana parti politik Negara. Walaupun dianggarkan sekitar 50,000 orang Perancis memeluk Islam setiap tahun, tetapi masyarakat Islam mendakwa Perancis menolak keIslaman mereka dan mengaggap Islam sebagai musuh.

Laungan demontrasi

“ Chirac, stasi!...enough is enough!’ ‘ yes to secularisme…no to islamophobia!’ dan “ yes to education and equality” – demikianlah antara slogan yang tertulis pada sepanduk yang dibawa orang ramai dalam perhimpunan besar-besaran ditengah Kota Paris menyatakan protes terhadap rancangan kerajaan untuk mengharamkan pemakaian tudung disekolah. Demontrasi itu mengejutkan banyak pertubuhan Islam di Eropah yang berlangsung lebih kurang 3 jam. Tidak kurang hebatnya di Berlin, debat tudung menjadi hangat dalam masyarakat miniroti Islam di Eropah. Setakat ini, kebanyakan negeri tidak mempunyai perundangan khusus yang memboleh atau mengharamkan orang Islam bertudung disekolah dan tempat awam. Beberapa Negara seperti Denmark atau Greece tidak bermasalah dalam hal ini dan tudung dipakai meluas di Thrace yang mempunyai populasi besar orang islam. Di Negara seperti Sepanyol dan Swizerland pula, kerajaan menyerahkan kepada pihak berkuasa negeri untuk melaksanakan pengharaman ini, termasuk Belgium yang memberikan kuasa kepada guru besar sekolah.

semua ini dan banyak lagi...

Bersyukurlah kejadian seumpama ini tidak berlaku di Malaysia tetapi lain pula yang kedengaran apabila isu menutup aurat atau bertudung ini di timbulkan. Antara reaksi yang lali timbul ialah “ pakaian tidak mencerminkan keperibadian @ hati, pakai seksi tak semestinya jahat,dan lain2 lagi alasan yang x logic akal!!..manusia yang berfikiran waras semestinya dapat memilih yang mana jalan yang lurus dan tepat sebab semuanya adalah berkaitan maruah !...kebanyakan kita teralpa akan kewajipan menjaga maruah. Seronok digoda dan tergoda dengan pandangan yang bersifat maya dan sementara, menyebabkan rasional terpinggir ke tepi. Kerana tidak bijak menjaga diri, jangan salahkan orang lain sebaliknya lihatlah cara kita membawa diri sebagai orang yang mengaku diri beragama Islam.

bingkisan rasa guru muda86

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa!” (Riwayat Ibnu Hibban)

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…(An-Nur:31)

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Tulisan Jawi Dalam Pendidikan  

Posted by: an-Nisa` in

Sejak abad ke 15 dan seterusnya, pengajaran Islam dalam bahasa Melayu dengan mengguna kitab dan buku tulisan jawi diajar di masjid, surau, madarasah, sekolah pondok dan di rumah tok guru di merata tempat di Malaysia dan Indonesia. Pendidikan Islam tradisi ini sangat berpengaruh di kalangan orang Melayu.

Semasa zaman penjajahan Inggeris di Malaysia, Pendidikan Islam (Islamic Studies) tidak diajar di sekolah kerajaan, sama ada di Sekolah Melayu atau di sekolah Inggeris. Tetapi tulisan jawi diguna untuk mengajar membaca dan menulis di Sekolah Melayu Darjah 1 - 6. Kebanyakan murid Muslim belajar agama Islam di sekolah agama di sebelah petang, dengan mengguna buku tulisan jawi.

Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru memaktubkan Agama Islam sebagai agama rasmi negara, dan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Dengan itu Pendidikan Islam diajar sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah. Tetapi skrip tulisan rasmi bahasa Melayu ialah skrip rumi. Tulisan jawi sudah tidak dianggap penting dalam urusan rasmi, termasuk dalam pendidikan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963, (dan dikaji semula 1967), juga mengiktiraf skrip rumi sebagai skrip rasmi.

Masalah Kelemahan Membaca dan Menulis Jawi di Kalangan Murid Sekolah Rendah dan Menengah

Dengan termaktubnya rumi sebagai skrip rasmi bahasa Melayu, maka semua buku teks termasuk buku teks Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah diterbit dalam huruf rumi saja. Tulisan jawi tidak lagi diajar di sekolah kerajaan (1960)

Dengan ini mulalah merosotnya kemahiran murid membaca dan menulis jawi. Bahkan ada di antara pelajar yang tidak belajar di sekolah Agama Islam disebelah petang, mendapati sukar membaca Al-Quran. Hanya di negeri-negeri seperti Johor, Kelantan dan Selangor yang mempunyai sistem ‘sekolah agama’ nya sendiri yang pelajar dapat belajar agama Islam dalam tulisan jawi.

Kemorosotan ini berterusan sehingga awal tahun 1980an. Desakan dari masyarakat Melayu bertambah kuat supaya tulisan jawi diajar semula di sekolah dan tulisan jawi diguna untuk menerbit buku teks.

Dalam tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR ), memasukkan semula tulisan jawi sebagai sebahagian dari Pendidikan Islam untuk murid Tahun 3 – 6, dan diajar 30 minit seminggu. (Sukatan Pelajaran Agama Islam Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan, Malaysia 1982). Kesannya tentulah amat terhad. Desakan makin bertambah apabila gejala kemorosotan pendidikan Islam di kalangan pelajar Islam meningkat dan ramai yang tidak boleh membaca Al-Quran. Resolusi dalam satu Konvensyen tentang tulisan jawi pada 8 – 11 April, 1984 di Terengganu, mendesak kerajaan supaya memasukkan semula tulisan jawi dalam kurikulum sekolah. Murad Mohd Noor, Ketua Pengarah Pelajaran ketika itu (1984) mengisytiharkan bahawa jawi dimasukkan semula dalam kurikulum sekolah, sebagai sebahagian daripada Pendidikan Islam.

Sebagai langkah yang drastik, pada 1986 semua buku teks Pendidikan Islam sekolah rendah diterbitkan dalam tulisan jawi dan tidak lagi dalam tulisan rumi. Mulai tahun 1988 semua buku Pendidikan Islam Tingkatan 1 dan kemudian buku bagi Tingkatan seterusnya, diterbitkan dalam tulisan jawi. Guru agama Islam diarah supaya mengguna tulisan jawi dalam pengajaran mereka.

Perubahan yang mengejut ini mengakibatkan tinggi peratus pelajar Muslim di sekolah rendah dan menengah tidak dapat membaca buku teks jawi, kerana mereka tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi. Pengetahuan Islam mereka terhad, dan minat mereka juga rendah.

Kelemahan murid Muslim dalam membaca dan menulis jawi di peringkat sekolah rendah dan menengah yang dikesan sejak tahun 1980an itu berterusan sehingga ke tahun-tahun 1990an. Di sini diperturunkan beberapa kajian yang relevan.

Kajian tinjauan di kalangan 112 guru Pendidikan Islam Tingkatan 1 di Selangor oleh Sarin bin Talib dalam tahun 1995 mendapati 75 % guru menyatakan separuh daripada pelajar mereka tidak boleh membaca buku teks Jawi Pendidikan Islam; 65-68% menyatakan pelajar mereka tidak boleh membaca Quran dan Hadith.

Kajian Isahak Haron dan Hasan Basri (1995) tentang prestasi Jawi pelajar Tingkatan 2 dan 4 di beberapa buah sekolah di Selangor dan Pahang mendapati lebih 65% tidak boleh menulis Jawi, dan lebih 45% yang tidak boleh membaca teks Jawi. Tidak ada usaha dan kaedah ‘pengajaran pemulihan jawi’ dijalankan di sekolah.

Kesan kelemahan membaca dan menulis Jawi di sekolah rendah dan menengah ialah murid tidak dapat membaca buku teks Pendidikan Islam yang ditulis dalam huruf Jawi dan ini mengurangkan keupayaan mereka memahami kandungan Pendidikan Islam; dan Pendidikan Islam itu kurang bermakna kepada mereka.

J –QAF

Usaha untuk memperbaiki kelemahan Jawi ini dibuat dari semasa ke semasa, termasuk pengajaran pemulihan Jawi oleh guru di sesetengah sekolah. Kelemahan ini dipandang serius oleh kerajaan kerana ia akan menjejaskan pendidikan dan penghayatan Islam di kalangan generasi muda. Pada 2004 Kementerian Pelajaran telah memutuskan untuk mengadakan program khas, yang dinamakan J-QAF bagi mengukuhkan pengajaran - pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah.

Program ini bertujuan supaya pada akhir enam tahun persekolahan rendah, semua murid menguasai hal-hal berikut:

J – Jawi, boleh membaca dan menulis Jawi dengan baik;

Q – Qatam Quran: boleh membaca dan qatam Quran

A – boleh membaca dan menulis bahasa Arab peringkat asas;

F – mengetahui dan mengamalkan Fardu ain.

Program J-QAF ini bermula pada tahun 2006, tetapi projek perintisnya bermula pada tahun 2005 di beberapa buah sekolah rendah. Pengajaran Jawi merupakan komponen penting dalam program pengukuhan Pendidikan Islam ini. Objektif pengajaran-pembelajaran Jawi ialah supaya semua murid dapat membaca dan menulis skrip Jawi dengan baik sebelum tamat Tahun 6 sekolah rendah. Ini akan membolehkan mereka membaca buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan jawi dan menulis jawapan dalam tulisan Jawi. Tahap 1 (Tahun 1 – 3) merupakan waktu penting untuk memberi asas membaca dan menulis jawi kepada murid. Dua waktu (60 minit) seminggu diperuntukkan untuk belajar jawi.

"Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir....  

Posted by: an-Nisa` in

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini
menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini
menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana
dia ingin menjadi seperti anda.


4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan
kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum
dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan
hidup bahagia.


8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar,
ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan,
fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang
untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda
tidak akan memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.


13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan
segala makihamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda
akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah
masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.


~ Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,
sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya,
tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

Salam Ukhuwah Fillah (n.n)  

Posted by: an-Nisa` in

Mencintai Allah dan Rasul adalah lbh utama, spt Allah dan Rasul mencintai kita.
krn sesungguhnya selain drpd itu hanyalah fana belaka.
Usah gelisah apabila dibenci manusia krn msh byk yg menyayangimu di dunia,
tp gelisahlah apabila dibenci Allah krn tiada lg yg mengasihimu diakhirat

.:semoga aku ingin lebih menghibur drpd dihibur..
Memahami drpd difahami..
Mencintai drpd dicintai..

Kerana..
Dengan memberi aku menerima..
Dengan memaafkan aku dimaafkan..
Dengan cinta aku bangkit kembali..
Dan dengan cinta aku hidup abadi......