: :pesan pada DIRI tabahkan hati kuatkan semangat, pesan pada HATI kukuhkan IMAN banyakkan ZIKRULLAH, pesan pada NALURI jangan mengeluh & kecewa, tiada daya & rezeki melainkan dari ALLAH: :

::Seminar Dinar Emas::  

Posted by: an-Nisa` in





pada 27 ogos 2009, ana telah mengikuti "seminar antarabangsa penjanaan ekonomi melalui transaksi wang dinar" yang telah diadakan di ILIM.
kita soroti sedikit sejarah penggunaan dinar emas....
--------> sejak kerajaan Umawi, mata wang dinar telah mengalami remformasi baru dan ia mempunyai berat standard, iaitu 4.25 gram. semenjak itu, ekonomi umat Islam berkembang dan mencapai kemajuan. Tradisi penggunaan matawang ini diteruskan oleh kerajaan `Ababassi,Mamluki, Andalusi serta `Uthmani, dan ia berjaya menyaingi beberapa matawang emas Eropah. malangnya, sejarah moden telah menyaksikan bahawa wang fiat (kertas) akhirnya berjaya menyingkirkan wang dinar apabila ekonomi negara-negara Islam mulai lemah. keadaan bertambah parah dengan keadaan ekonomi dunia kini yang tidak menentu. wang fiat pada masa ini juga didapati tidak kompetitif untuk menghadapi kemelut dan krisis ekonomi global semasa. ini adalah kerana ia terdapat unsur-unsur manipulasi dan pengaruh tidak wajar dalam sistem kewangan tersebut<----------

kerajaan kelantan memulakan langkah pertama apabila telah menggunakan dinar emas kelantan sebagai simpanan nilai walaupun ia tidak dipersetujui mana-mana pihak termasuk kerajaan pusat. namun kini kerajaan telah "celik" dan sedar akan penggunaan dinar emas sebagai simpanan yang tidak susut nilainya. ini menunjukkan apa yang diamalkan kerajaan kelantan ternyata membawa kebaikan.

diantara kegunaan dinar emas sekarang ialah:
1- boleh disimpan sebagai pelaburan dan simpanan.
2- boleh digunakan untuk membayar zakat.
3- boleh digunakan sebagai mas kahwin.
4- boleh diberikan sebagai hadiah/cenderamata.
5- boleh digunakan sebagai aktiviti jual beli.

emmmm...ana nnti pun ingat nak guna dinar emas sebagai mas kawen la...xsusut nilai (n.n)....hehehe..


This entry was posted on 9:48 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 komen ikhlas dari kamu

Post a Comment