: :pesan pada DIRI tabahkan hati kuatkan semangat, pesan pada HATI kukuhkan IMAN banyakkan ZIKRULLAH, pesan pada NALURI jangan mengeluh & kecewa, tiada daya & rezeki melainkan dari ALLAH: :

Masjid Besi, Putrajaya  

Posted by: an-Nisa` in

25/12 br ni bg mengisi kelapangan cuti umum, kami mkn2 angin kt Putrajaya yg hanya mengambil ms 25mnt je dr UKM....Shopping kat Alamanda n solat zohor kat Msjid besi...emmm...dh lama dgr ttg masjid ni tp xsmpai2 lg.....Pertama kali menjejakkan kaki ke Masjid Bandaraya Putrajaya @ lbh dikenali dengan Masjid besi mmg sungguh indah kerana terletak di tepi tasik....kos pembinaan masjid ini ialah RM180 juta, keluasan masjid 60,156 meter persegi  yang boleh menampung kapasiti jemaah seramai 20,000.





Pintu hadapan masjid


tempat mengambil wuduk mmg moden...





Masjid yg terdiri drpd besi n kaca ini tidak memerlukan penghwa dingin dalam ruangan solat utamanya...
lihat sajalah ruangan ini...





ni kt ruangan solat wanita....penghadangnya dr kaca...menampakn pemandangan keseluruhan masjid...
sedikit info mengenai masjid ini....

Design
- berkonsep berangin (airy), sederhana (light) dan telus (transparent).
- Dinding menggunakan Crystalized glass.
- sistem pengudaraan udara sejuk atau gas district cooling (GDC) digunakan bagi menggantikan sistem 
   penghawa dingin dan kipas.
- Perjalanan menuju ke masjid melalui sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan
   masjid dipanggil Kiblat Walk seluas 13,639 meter persegi. Kawasan yang menghadap kiblat ini dihiasi
  dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Al Hambra,Spain.
- Pintu utama menuju ke ruang solat utama, terukir ayat suci al-Quran dari surah Al-Israa’ ayat 80.
- Dinding Mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 meter juga diimport khas dari       
   Jerman. Pada cermin itu terukir Surah Al Baqarah and Surah Ibrahim.
- Hanya 1 kubah yang dibuat dari besi

 

FAKTA: Kemudahan disediakan
# Ruang solat (dewan utama, ruang terbuka dan dewan solat muslimat)
# Tiga unit kuaters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid
# 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid
# Bilik pameran mampu memuatkan 250 orang
# Dapur
# Bilik VIP
# Bilik penyelenggaraan
# Bilik jenazah
# Pejabat
# Bilik kawalan audio visual
# Ruang letak kereta (bawah tanah)
Kiblat Walk – Ruang kolam umpama istana Al Hambra yang menghadap kiblat
Iwan Utama – Laluan gerbang utama menuju Sahn yang terukir Asma Ul Husna
Sahn – Kawasan laman menempatkan ruang solat terbuka dan padang
Dinding Mihrab – Kawasan ruang solat utama, ditempatkan cermin kaca dengan ukiran ayat Al Baqarah dan Ibrahim. Kelihatan seolah terapung di udara.

This entry was posted on 3:06 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

1 komen ikhlas dari kamu

seindah2 masjid adalah masjid yg sentiasa diimarahkan qariahnya...

Post a Comment